Friday, July 1, 2011

PMRAM Sedia Bantu Pengurusan Peperiksaan Kelayakan Universiti Al-Azhar di Mesir


KAHERAH, 1 Julai - Untuk makluman, peperiksaan kelayakan Universiti Al-Azhar, Mesir untuk sesi akan datang telah dibatalkan perlaksanaannya di Malaysia .

Perkara ini telah dimaklumkan sendiri oleh pihak pengurusan Universiti Al-Azhar melalui Dr.Zakaria Abdul Majid yang merupakan Dekan Kuliah Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar kepada Saudara Ahmad Daniel bin Mohmad Hasan semalam.

Sebelum ini, syarat kelayakan bagi permohonan menyambung pengajian Islam di Universiti Al-Azhar untuk sesi akan datang adalah dengan mengambil peperiksaan kelayakan sepertimana yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia.

Walau bagaimnapun, perancangan awal peperiksaan kelayakan tersebut akan dijalankan di Malaysia sebelum pelajar berangkat ke Mesir, namun peperiksaan tersebut telah ditukarkan lokasinya yang akan dijalankan di Universiti Al-Azhar Mesir di atas faktor kos untuk membiayai pengurusan peperiksaan tersebut.

" Antara langkah yang PMRAM telah lakukan dalam membantu pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan itu adalah dengan mengedarkan beberapa contoh soalan kepada setiap Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) melalui Exco Pendidikan agar dihantar ke setiap negeri masing-masing supaya pelajar dapat bersedia dan mendapat gambaran awal sebelum menghadapi peperiksaan tersebut setiap negeri" ujar Saudara Ahmad Daniel bin Mohmad Hasan selaku Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011.

" Pihak PMRAM sedia berkerjasama dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam menguruskan peperiksaan kelayakan di Universiti Al-Azhar, selain itu PMRAM mengingatkan agar pelajar-pelajar lebih bersedia dengan baki masa yang ada walaupun peperiksaan tersebut tidak dijalankan di Malaysia" ujar Presiden PMRAM ketika ditemui selepas Majlis Penutup LIMA'11 semalam di Shoubra.

sumber : pmram.org

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024 Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2023/2024 KAHERAH, 17 & 18...