Kertas-kertas kerja yang telah dibentangkan adalah ‘Baldatun Wa Robbun Ghofur’ yang disampaikan oleh Ustaz Nik Hamdi bin Ghani (Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Mesir) , ‘Fiqh Daulah’ oleh Ustaz Mohd Zainullah dan ‘Fiqh Siasah’ oleh Ustaz Zahari Bin Ali (Graduan al-Azhar, Mantan penasihat PMRAM).
Minggu Thaqafah yang di bawah seliaan oleh Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli KPIPM sendiri mahupun pelajar dari negeri-negeri lain.
Dengan berakhirnya perbincangan kitab “Matan Waraqat Usul Fiqh” oleh Ustaz Muhammmad Zul Faisol sebentar tadi maka telah berakhirlah Minggu Thaqafah KPIPM ’11 sempena cuti musim panas kali ini.
Semoga program-program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan untuk menjana pengetahuan ahli KPIPM selain mengisi masa lapang ahli dengan aktiviti berfaedah.
No comments:
Post a Comment