Home » » Kejayaan Tidak Perlu Seiring Dengan Perkara Yang Sia-sia

Kejayaan Tidak Perlu Seiring Dengan Perkara Yang Sia-sia

KAHERAH, 30 Jun - Program Ehya’ al-Jum’ah kali ini terasa lebih bersemangat mengisi ruang rohani mahasiswa Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir.

Kali ini, tazkirah telah disampaikan oleh dua orang mahasiswa baru iaitu al-Fadhil saudara Ali Fatullah bin Ali Yusoff dan al-Fadhilah saudara Suyaibatul Islamiah binti Saad. Kedua-duanya merupakan penuntut tahun satu Matrikulasi al-Azhar.

Mengulangi apa yang telah disampaikan, beliau mengingatkan kepada hadirin tentang kepentingan berpegang dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah.

Beliau memetik salah satu daripada hadis Nabi Muhammad S.A.W iaitu sabda Baginda, “ Aku tinggalkan kalian dua perkara, apabila kalian berpegang dengannya nescaya kalian tidak akan sesat. Dua perkara tersebut adalah al-Quarn dan as-sunnah”.

Seterusnya, di sebelah pagi pula tazkirah Subuh telah disampaikan oleh al-Fadhilah ustazah Suyaibatul Islamiah Bt Saad juga penuntut tahun satu Matrikulasi al-Azhar.

Beliau pula mengingatkan tentang kepentingan usaha untuk mencapai kejayaan. Tambah beliau lagi, “Kejayaan juga perlulah diseiringkan dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang sia-sia seperti pergaulan yang tidak syari’e di antara lelaki dan perempuan serta merokok”.

Perkara penting yang diperolehi daripada tazkirah kali ini adalah kepentingan berpegang dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan dalam menghadapi segala mehnah dan tribulasi yang dihadapi dalam kehidupan.

KPIPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh mahasiswa Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir di atas komitmen yang terbaik diberikan.

Semoga dengan kehadiran yang memberangsangkan ini dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T disamping memperoleh pengisian rohani yang merupakan satu elemen penting bagi setiap individu muslim terutamanya pada musim peperiksaan kini.

Semoga usaha ini mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT dalam mengeratkan silaturrahim bersama serta dipermudahkan menghadapi peperikasaan yang masih berbaki. Selamat menghadapi peperiksaan.

Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger