Thursday, October 11, 2012

AHLAN'12 PCZ- Mengerat kesatuan antara anak-anak Perak baru Sains Kesihatan


Zaqaziq, 10 Oktober 2012 - Program pengenalan BKAN AHLAN'12 bersama mahasiswa/wi baru anjuran PERUBATAN Cawangan Zaqaziq (PCZ) telah disambut baik oleh Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir. KPIPM telah menghantar wakil AJKT seramai 3 orang iaitu Saudara Mohammad Ainuddin bin Mohd Ishak, Saudara Muhamad Nizamuddin bin Muhamad Sabri dan Muhammad Asri bin Mohd Salim manakala seramai 2 orang wakil HEWI iaitu Saudari Nasibah binti Abu Bakar dan Saudari Fatimah binti Azizuddin untuk turun bersama mahasiswa/wi baru di Zaqaziq. Turut hadir mandub Zaqaziq, Mohamad Alif bin Maher dan mandubah, Siti Khadijah binti Jusof Khadidi.

Program ini telah bermula pada jam 7.45 malam dengan ucapan aluan daripada wakil PCZ, Saudari Nurul Izzati dan diserahkan kepada Saudara Mohammad Ainuddin selaku ketua rombongan bagi diteruskan dengan sesi taaruf bersama semua yang hadir.







Seusai sesi taaruf, pengenalan ringkas mengenai KPIPM dan peranannya selaku persatuan yang menjaga kebajikan anak-anak Perak di bumi Mesir ini telah diberikan agar mahasiswa/wi baru lebih mengenali fungsi BKAN itu sendiri. "KPIPM merupakan sebuah badan kebajikan yang menaungi dan menyatukan semua anak-anak Perak yang berada di Mesir ini. Kami telah diberikan mandat dan kepercayaan oleh Majlis Agama Islam Perak untuk menjaga kesatuan ahli dan menyalurkan kebajikan dalam apa jua bentuk," ujar Saudara Mohammad Ainuddin bin Mohd Ishak.

Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan slot mengisi borang keahlian KPIPM. Seramai 10 orang mahasiswa dan 10 orang mahasiswi baru Perak yang telah hadir dan mengisi borang keahlian.



Apa yang menariknya, gelagat mahasiswa baru yang bertutur dalam bahasa Perak menjadikan pengisian slot ini bertambah ceria. Selain itu, tayangan video pengenalan AJKT sesi 2012/2013 dan program-program KPIPM telah ditayangkan kepada adik-adik baru agar mereka lebih mengenali KPIPM secara lebih mendalam. Mereka juga tidak lokek untuk mengajukan soalan kepada wakil KPIPM.

"Selaku pelajar Perubatan, menjadi tanggungjawab untuk kita belajar bersungguh-sungguh dalam bidang yang kita ceburi. Namun, carilah kesempatan sepanjang berada di bumi anbiya' ini yang penuh dengan ulama' untuk kita mendalami ilmu agama dalam membentuk diri selaku muslim," pesan Saudari Nasibah Abu Bakar sebelum mengakhiri majlis. Pada jam 9.45 malam majlis bersurai. Pihak PCZ telah memberikan cenderahati kepada wakil KPIPM sebagai tanda penghargaan.



Pihak KPIPM juga mengucapkan terima kasih kepada pihak PCZ kerana sudi menjemput kami untuk bersama anak-anak Perak di Zaqaziq. Semoga dengan usaha ini, KPIPM akan lebih terus berkembang dan hubungan antara anak-anak Perak di perlembahan Nil ini akan lebih diperkukuh tidak mengira jurusan pengajian. Moga nusrah Allah sentiasa bersama. Menjalin kemesraan, mengerat hubungan.

"BERILMU, BERAMAL, IKHLAS"

2 comments:

  1. kesaksian nyata dan kabar baik !!!

    Nama saya mohammad, saya baru saja menerima pinjaman saya dan telah dipindahkan ke rekening bank saya, beberapa hari yang lalu saya melamar ke Perusahaan Pinjaman Dangote melalui Lady Jane (Ladyjanealice@gmail.com), saya bertanya kepada Lady jane tentang persyaratan Dangote Loan Perusahaan dan wanita jane mengatakan kepada saya bahwa jika saya memiliki semua persyarataan bahwa pinjaman saya akan ditransfer kepada saya tanpa penundaan

    Dan percayalah sekarang karena pinjaman rp11milyar saya dengan tingkat bunga 2% untuk bisnis Tambang Batubara saya baru saja disetujui dan dipindahkan ke akun saya, ini adalah mimpi yang akan datang, saya berjanji kepada Lady jane bahwa saya akan mengatakan kepada dunia apakah ini benar? dan saya akan memberitahu dunia sekarang karena ini benar

    Anda tidak perlu membayar biayaa pendaftaran, biaya lisensi, mematuhi Perusahaan Pinjaman Dangote dan Anda akan mendapatkan pinjaman Anda

    untuk lebih jelasnya hubungi saya via email: mahammadismali234@gmail.comdan hubungi Dangote Loan Company untuk pinjaman Anda sekarang melalui email Dangotegrouploandepartment@gmail.com

    ReplyDelete

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...