Tuesday, October 9, 2012

Sami Buddha Bakar Masjid Lama di Rakhine Myanmar



Sami Buddha di Myanmar membakar sebuah masjid di bandar Sittwe, ibukota negara bahagian Rakhine dan merosakkan Al-Qur'an, laporan Press TV.


Menurut laporan masjid kuno berusia 800 tahun yang disebut "Sawduro Bor Masjid" di bandar barat telah dibakar oleh para sami Buddha ekstrimis, dengan bantuan kakitangan tentera pada hari Minggu kemarin (7/10).

Kebakaran, yang berlangsung selama dua jam, juga merosakkan beberapa rumah di sekitar Masjid, yang dimiliki oleh warga Muslim Rohingya.

Pemerintah majoriti Buddha Myanmar sendiri menolak mengakui Rohingya sebagai sebahagian daripada negaranya dan telah mengklasifikasikan mereka sebagai pendatang haram, walaupun Muslim Rohingya sudah ada di kawasan itu sejak awal abad ke-8.

Kebisuan dari pertubuhan hak asasi manusia terhadap pencabulan hak asasi manusia Muslim Rohingya semakin membuat ekstremis Buddha dan pasukan pemerintah Myanmar semakin berani melakukan aksi kejinya.

Menurut laporan, beribu-ribu Muslim Rohingya Myanmar hidup dalam keadaan mengerikan di kem-kem pelarian selepas tentera kerajaan dan ekstremis Buddha mula membakar kampung mereka pada tarikh 10 Ogos lalu.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM