Monday, October 29, 2012

MKAC'12: Simbolik kecemerlangan anak-anak Perak



KAHERAH , 27 OKTOBER 2012 – Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir ( KPIPM ) telah mengadakan Majlis Kesyukuran & Anugerah Kecemerlangan ( MKAC ’12 ) bagi meraikan kejayaan anak- anak Perak  yang telah berjaya dalam peperiksaan yang lalu . Majlis ini bermula pada jam 7.15 malam dengan ketibaan dif-dif kehormat dan telah dikendalikan oleh dua orang pengerusi berbahasa Melayu dan Inggeris daripada mahasiswi pengajian Islam dan Perubatan. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Yang Dipertua KPIPM, Yang Berusaha Saudara Muhammad Hanif bin Abdullah dan Badan Pengurus Angkat KPIPM, Yang Berbahagia Saudara Ahmad Qutaibah bin Mohamed. 






Seusai amanat yang disampaikan oleh BP Angkat KPIPM, majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Saudara Abdul Aziz Bin Ali , Presiden PMRAM sesi 2012/2013 dan diteruskan lagi dengan pelancaran kempen setiap biro dan unit KPIPM yang  dimulakan dengan Biro Ekonomi dan berakhir dengan Biro Dakwah & Tarbiah serta pelancaran Muzakarah Berkelompok sesi 2012 / 2013.Majlis ini dikendalikan oleh Setiausaha Agung KPIPM, Saudara  Mohammad Ainuddin Bin Ishak. Kemudian, majlis diteruskan dengan penyerahan watikah perlantikan  Ahli Majlis Perwakilan (AMP) kepada mandub dan mandubah seluruh cawangan.



Seterusnya ,  majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah  kepada graduan & graduanita pengajian Islam cemerlang dan Mahasiswa cemerlang dari tahun 1 sehingga tahun 4  diperingkat pengajian islam & sains kesihatan . Majlis dimeriahkan lagi dengan, Anugerah  Graduan Mithali yang disandang oleh  Saudara Mohammad Omar Bin Adam dan Graduanita Mithali disandang oleh Saudari Najwa Binti Anas ,  Anugerah Tunas Harapan ( ikhwah / akhawat ) serta Anugerah Khas YDP KPIPM dan penyampaian hadiah Kuiz MARDHIAH 1433 H. Majlis diserikan dengan persembahan nasyid kumpulan  Al-Muhazirun dan video sepanjang program Aidil Adha  ( MARDHIAH ’12 ). Pada jam 11 malam, majlis bersurai. 

Semoga MKAC ini dapat meningkatkan lagi semangat anak-anak untuk menuntut ilmu lebih bersungguh-sungguh agar memperoleh kecemerlangan dalam akademik di masa akan datang. Besar harapan persatuan agar ukhuwah antara anak-anak Perak terjalin dengan lebih kukuh demi meningkatkan kesatuan ahli Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir. 

1 comment:

  1. Syukron....and jangan siaaiakan kompiuter anda....Klik. www.rahasiaonline.mprh.net

    ReplyDelete

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM