Friday, October 26, 2012

MARDHIAH ’12: Ahli KPIPM Menanti Ketibaan Hari Mulia


Kaherah, 25 Oktober 2012 –Program Malam Perutusan bersempena Hari Raya Aidil Adha mendapat sambutan yang memberangsangkan di kalangan ahli KPIPM. Program yang berlangsung di Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan A dimulakan dengan laungan takbir raya dan majlis bacaan yasin. 


Selesai aktiviti tersebut, program diteruskan lagi dengan Majlis Malam Perutusan Aidil Adha. Antara tetamu kehormat yang turut hadir dalam majlis tersebut adalah saudara Ahmad Qutaibah Bin Mohamed selaku Badan Pengurus Angkat KPIPM serta saudari Nurul Safinas Binti Mohajir juga merupakan HEWI angkat KPIPM. 







Antara agenda majlis tersebut adalah ucapan alu-aluan daripada tetamu kehormat, perutusan aidil adha daripada Presiden PMRAM serta gimik perasmian program. Selesai majlis tersebut, program diteruskan lagi dengan talkshow yang bertajuk ‘Cinta Dan Pengorbanan’. Program talkshow tersebut dibarisi oleh ahli panel gabungan antara mahasiswa pengajian Islam dan sain kesihatan iaitu Ustaz Mohd Faizal Bin Ishak selaku moderator, Ustaz Muhammad Amar bin Jamaluddin dan Dr. Siti Noor Redzuani binti Syafie.


Program talkshow tersebut membincangkan tentang penghayatan erti sebuah pengorbanan yang diselami dengan cinta yang hakiki. "Tidak akan ada jihad tanpa pengorbanan dan cinta itu pula wujud kerana adanya pengorbanan." Ulas saudari Siti Noor Redzuani binti Syafie. " Pentingkan ukhuwah Islamiah yang mana perlunya sifat Taawun (saling tolong menolong) agar tidak berlakunya perpecahan. Dan perlunya pengorbanan dalam memastikan kesatuan terjaga.” Ujar saudara Amar Jamaludin dalam memberi konklusi perbincangan tersebut. 


Program berakhir pada jam 10.45 malam yang diakhiri dengan sedikit jamuan ringkas. “KPIPM sedaya upaya menyatukan anak-anak Perak melalui medium program yang diadakan sebegini rupa.” Ulas Yang Dipertua KPIPM sesi 2012/2013 di dalam ucapannya.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...