Home » » Kisah ARMA Kembali Dalam Versi Berbeza

Kisah ARMA Kembali Dalam Versi Berbeza



Selama berpencak di pementasan dunia, mahasiswa PMRAM terus diuji denganpelbagai cabaran dan ujian yang tidak putus menyapa sama ada sunyi mahupunterang.
Kita hayati kembali sejarah ARMA suatu ketika dahulu yang pernahmembangkitkan semangat ahli PMRAM untuk terus mempertahankan hakdaripada diperjudikan dengan agenda tertentu.

Tahun 1992 merupakan perintis pergolakkan yang berlaku terhadap PMRAMapabila menerima satu notis yang dihantar kepada PMRAM untuk mengosongkanruangan Pejabat PMRAM di ARMA tanpa sebarang sebab yang dinyatakan.

Dalam notis bertarikh 16 Mac 1992, telah dinyatakan tempoh untukmengosongkan Pejabat PMRAM berkuatkuasa 7 hari selepas tarikh notis tersebutdikeluarkan. Jika difikirkan secara rasional, mana mungkin mampu mencari premis yang baru dalam tempoh sangat singkat tambahan pula tidakdinyatakan sebab notis tersebut dikeluarkan.

Kini sejarah berulang kembali kepada BKPJM apabila beberapa siri penindasan dan kezaliman mahasiswa diperlakukan dengan rakus tanpa ada ruangperbincangan daripada kedua-dua pihak.

Oleh kerana kuasa yang dimiliki, segala hak dan maruah mahasiswa diperlakukan dengan begitu prejudis. Realiti yang dilalui kini oleh BKPJM, pernahPMRAM hadapi satu ketika dahulu cuma watak dan suasananya berbeza.

Pada tahun 1993 pula sekali lagi notis dikeluarkan untuk mengosongkan Pejabat HEWI PMRAM di tingkat 1, Asrama Puteri Abbasiah yang bertarikh13 Oktober 1993. Dengan tujuan kemasukan penghuni yang semakin bertambah tanpa memberikan ruangan lain sebagai alternatif sebaliknyamemberikan tempoh 7 hari untuk mengosongkan ruangan pejabat.

Sehingga kini peristiwa ini akan tetap diingati kerana hak PMRAM telah dinafikan sebaliknya telah cuba dilenyapkan dengan beberapa tindakan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.

Tragedi dan perencanaan ini kini berlaku pada anak-anak Johor apabila beberapa tindakan yang telah diambil antaranya mengunci Dewan Asrama Pelajar Johor di Rabaah. Tidak cukup dengan tindakan tersebut kini diberikan notis untuk keluar daripada Asrama Rumah Johor dengan tempoh yang singkat . Seramai 41 orang anak-anak Johor telah diperlakukan tindakan sebegini.

Satu hakikat yang tidak pernah berubah adalah biarpun pelbagai perancangan telah disusun dengan kuasa yang ada , suatu masa nanti kuasa Allah SWT pasti akan terzahir juga. Mahasiswa Islam hari ini perlu sedar , tiada siapa yang rela hak dan maruah mereka ditindas dengan tanpa sekelumit belas dan ihsan.

Sejarah ARMA kembali dengan versi yang berbeza namun satu kepastian mahasiswa tetap menjadi mangsa kerakusan dalam memenuhi kehendak mereka.

" Hayati Sejarah Pertahankan Maruah "

Zulhafeez bin Ahmad Zahidi
Timbalan Presiden
Lajnah Perancang & Panitia
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012

Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger