Monday, October 22, 2012

Balik Kampung Berjaya Jalinkan Ukhuwah



Kaherah, 19 Oktober 2012- Firman Allah S.W.T di dalam Surah Ali Imran, ayat 103 yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.” Program Balik Kampung AHLAN ’12 yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) telah disambut baik oleh Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir. Antara objektif program ini dilaksanakan, tidak lain tidak bukan adalah untuk memperkenalkan KPIPM kepada mahasiswa baru sains kesihatan disamping menautkan ukhuwah dikalangan anak-anak Perak itu sendiri.

Program yang bertempat di Wisma Darul Ridzuan A ini telah bermula pada jam 4.30 petang dengan dihadiri seramai 20 orang mahasiswa sains kesihatan daripada cawangan Cairo, Al-Azhar dan Tanta. Antara agenda program tersebut adalah taaruf ringkas, pengenalan bidang tugas AJKT serta ucapan aluan khas daripada Yang Dipertua KPIPM sesi 2012/2013, iaitu saudara Muhammad Hanif Abdullah. 



Seusai sesi taaruf, mahasiswa baru diberikan pengenalan ringkas mengenai KPIPM dan peranannya selaku persatuan yang menjaga kebajikan anak-anak Perak di bumi Mesir ini “KPIPM merupakan sebuah badan kebajikan yang menaungi dan menyatukan seluruh anak-anak Perak yang berada di bumi Mesir ini. Kami telah diberikan mandat dan kepercayaan oleh Majlis Agama Islam Perak untuk menjaga kesatuan dan menyalurkan kebajikan dalam apa jua bentuk.” Ujar saudara Hanif Abdullah dalam ucapannya.


Pihak KPIPM merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak PERUBATAN di atas kesudian mengadakan program seperti ini. Semoga dengan usaha ini, KPIPM akan lebih konsisten dalam memperkukuhkan hubungan di antara anak-anak Perak di perlembahan Nil ini. 

“KPIPM akan terus berusaha sedaya upaya dalam merealisasikan usul MAT KPIPM ke-46 dan usul Muktamar Sanawi PMRAM ke-79 dengan jayanya.” Ujar saudari Nurhafsah Awalludin selaku Ketua HEWI KPIPM bagi sesi ini.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM