Home » » Penghinaan Rasulullah SAW Di Syria Terlalu Lama

Penghinaan Rasulullah SAW Di Syria Terlalu Lama



Umat Islam sekali lagi bangkit menyatakan kemarahan mereka apabila sebuah filem diterbitkanbagi menghina Rasulullah SAW. Kemuncak kemarahan mereka apabila kedutaan dan pejabatkonsulat Amerika di Libya dan Pakistan dimusnahkan. 
Realitinya, 'filem' penghinaan kepada Rasulullah SAW dan agama Islam telah lebih setahun'ditayangkan' di Syria. Oleh sebab itu, kenyataan dikeluarkan oleh Presiden Kesatuan UlamakIslam Sedunia, Syeikh Yusuf Qardhawi dalam khutbah Jumaat minggu lalu bahawa apa yangberlaku di Syria juga merupakan penghinaan kepada Rasulullah SAW apabila menara masjiddibedil, terdapat masjid-masjid dirosakkan, mushaf Al-Quran dibakar dan dibuang ke kawasansampah serta pembunuhan wanita, kanak-kanak dan orang tua yang amat dilarang oleh BagindaRasulullah SAW. 



Penghinaan terhadap Islam di Syria bukan setahun dua baru berlalu, bahkan bermula pada zaman bapa Basyar, iaitu Hafez Al-Asad sejak lebih empat dekad yang lalu. Hafez Al-Asad dan anaknya Basyar, bukan sahaja menganuti fahaman Syiah Nusairi yang difatwakan oleh ulama Sunnibahawa ianya terkeluar daripada Islam bahkan menganuti ideologi sekular melalui parti pemerintah, iaitu Parti Ba'ath yang memperjuangkan dasar sosialis.

Dua fahaman yang dipegang oleh pemerintah Syria ini menjadikan mereka amat bencikan Islam bahkan 'ketua bagi sekalian ketua-ketua negara umat Islam lain' yang anti-Islam. Kerana itu kekangan mereka terhadap kumpulan Islam termasuk Ikhwan Muslimin amat ketara sehingga Hafez Al-Asad melakukan operasi ketenteraan ke atas umat Islam di wilayah Hama tahun 1982 yang mengorbankan lebih 40,000 nyawa. 

Pada 18 September lalu, kumpulan Hizbullah turut mengadakan himpunan membantah penghinaan kepada Rasulullah SAW yang berlangsung di Lubnan. Dengan slogan "Labbaika Ya Rasulallah", sambil menyifatkan penghinaan tersebut lebih besar berbanding pembunuhan yang berlaku di Syria waktu ini, pemimpin kumpulan itu, Hasan Nasrallah menggesa tindakan tegas pihak antarabangsa dan negara-negara bagi mengutuk penghinaan terhadap Rasulullah SAW. Kesatuan Ulama Syria dalam respon segera turut mengulas kenyataan Nasrallah ini dan memuji langkah prihatin Nasrallah, akan tetapi pihak kesatuan turut mempersoalkan sikap Hizbullah dalam mempertahankan rejim Syria yang menghina Rasulullah SAW dan agama Islam. Kita sedia maklum bagaimana sokongan padu Hizbullah dalam mempertahankan rejim Basyar. 

Terbaru, Naib Presiden Iraq, Toriq Hasyimi mendedahkan kerajaan Iraq yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Nuri Maliki (berfahaman Syiah) telah menghantar bantuan ketenteraan ke Syria bagi membantu askar rejim mengekang kebangkitan rakyat Syria. Disebabkan demikian, Hasyimi dimusuhi dan dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah Baghdad atas tuduhan palsu yang direka bagi menutup mulut Naib Presiden berfahaman Sunni yang dipilih oleh rakyat Iraq itu. 

Tidak terkecuali bantuan dan sokongan negara Iran. Dunia Islam kini berasa curiga dengan niat dan tujuan sebenar negara 'Islam' Iran diasaskan sejak Revolusi 1979 lalu. Walaupun pada masa tersebut, pengasasnya, Imam Khomeini memperkenalkan slogan "Maut Amerika, Maut Israel" tetapi wajah sebenarnya telah disingkap oleh ramai ulama mutaakhir antaranya Al-Marhum Syeikh Said Hawa dan Zainab Ghazali melalui tulisan dan ucapan mereka. 

Wajah sebenar Iran akan terus terdedah akibat sikap dan pendirian mereka sendiri lebih-lebih lagi sokongan mereka terhadap rejim Basyar Asad. Watak sebenar Iran dapat dilihat apabila tercetusnya kebangkitan rakyat di Syria bermula Mac 2011. Revolusi yang sudah berlarutan hampir 2 tahun ini telah bertukar menjadi 'penyembelihan' apabila rejim Syria dilaporkan telah membunuh lebih 22,000 rakyat awam yang tidak berdosa. Daripada jumlah tersebut, lebih 8,000 merupakan kanak-kanak di bawah usia 18 tahun menjadi korban. Pembunuhan besar-besaran yang dilakukan secara bersiri mengejutkan dunia. Sebagai contoh, pada 25 Mei 2012 berlakunya pembunuhan beramai-ramai di Haulah yang mengorbankan lebih 118 nyawa manakala hanya seminggu kemudiannya pada 6 Jun, seramai 125 orang penduduk di El-Qobair, wilayah Halab pula menjadi mangsa. Askar rejim terus melancarkan penyembelihan tanpa perikemanusiaan terhadap penduduk awam secara bersiri di seluruh negara itu dibantu oleh tali barut upahan kerajaan.

Dunia selama ini dimomokkan dengan blok 'Anti Amerika-Israel' yang terdiri daripada Iran, Syria dan Hizbullah. Adapun negara-negara Arab seperti Saudi dan negara Teluk lain dilabelkan sebagai blok 'sekutu Amerika'. Sebenarnya blok 'Anti Amerika-Israel' tidak pernah wujud bahkan ia adalah propaganda musuh-musuh Islam bagi menggambarkan sekutu mereka adalah musuh mereka di mata umat Islam.

Persoalan yang selalu bermain difikiran kita, jika benar Iran mahu melaksanakan Islam tulen yang dibawa oleh Rasulullah SAW, mana mungkin Amerika dan Barat akan membiarkan negara itu meneruskan cita-citanya seperti yang terjadi di banyak negara-negara umat Islam apabila golongan Islam memenangi pilihanraya maka akan dibatalkan keputusannya lalu dihuru-harakan negara tersebut. Ia tidak berlaku di Iran, seakan-akan perancangan 'Negara Islam' hanya palsu, bukan Islam sebagaimana yang diajar oleh Baginda Rasul SAW.

Berbalik kepada isu Syria. Sokongan melampau Iran terhadap kezaliman Basyar Asad ini turut mendapat perhatian Presiden Mesir, Dr.Muhammad Mursi. Beliau yang berpeluang menziarahi Tehran, Iran bagi menghadiri sidang kemuncak Negara-Negara Berkecuali (NAM) turut berucap mengutuk rejim Syria. 

Berikut beberapa fakta berkaitan sidang tersebut:

1) Sewaktu menyampaikan ucapan dalam Bahasa Arab, penterjemah televisyen Iran berbahasa Parsi yang menyiarkan siaran langsung sidang tersebut menyelewengkan ucapan Mursi dan menterjemahkannya bukan dengan maksud yang sebenar. Sebagai contoh, menyebut negara "Bahrain" dalam negara-negara berlaku revolusi menggantikan negara "Syria" seperti yang disebut oleh Mursi. 

2) Mursi dengan tegas melabelkan pemerintah Syria sebagai "rejim yang ganas" serta menyatakan pendiriannya menyokong kebangkitan rakyat Syria, akhirnya delegasi Syria yang hadir 'panas telinga' dan memaksa mereka keluar dewan meninggalkan persidangan yang berlangsung. 

3) Kedatangan Mursi pada awalnya dialu-alukan oleh media Iran sebagai Presiden Mesir pertama menziarahi negara itu sejak Iran memutuskan hubungan dengan Mesir selepas revolusi 1979. Namun, setelah beberapa hari persidangan berakhir, Mursi dikritik kerana tidak menziarahi kubur pengasas revolusi, Imam Khomeini.Menurut mereka, sewajarnya bagi Mursi yang kali pertama menziarahi Iran untuk menziarahi dan meletakkan kalungan bunga di kubur Khomeini, menurut laporan beberapa akhbar negara itu. Mursi juga dikritik kerana tidak mengadakan kunjungan rasmi ke atas Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khameini.

4) Lebih malang, dua pemimpin Iran iaitu Presiden Ahmedinejad dan Pemimpin Agung mereka, Ayatullah Ali Khameini (digelar 'Rahbar') tidak menyentuh langsung dalam ucapan mereka dalam sidang Kemuncak NAM. Khameini yang turut diberikan peluang berucap hanya menyentuh berkaitan serangan Barat khasnya Amerika terhadap program nukleur Iran dan ancaman yang akan dikenakan ke atas Iran. Kedua-dua mereka sedikitpun tidak terpanggil bagi mengulas pembunuhan berterusan yang berlaku di Syria.

Di pihak aktivis rakyat Syria, pada awalnya mereka membantah kunjungan Mursi ke Iran kerana bagi mereka tidak wajar bagi Mursi mengunjungi Iran setelah sokongan padu negara itu kepada rejim Syria. Walau bagaimanapun, mereka menyatakan kemaafan setelah mendengar ucapan Mursi yang tegas bersama-sama revolusi rakyat.

Komplot jahat Iran terbongkar lagi beberapa hari lalu apabila Pemerintah Pengawal Revolusi Iran (sebuah angkatan tentera), Jeneral Muhammad 'Ali Jaafari dilaporkan berkata, tentera pengawal revolusi Iran berada dalam negara Syria bagi membantu jika terdapat serangan dari pihak musuh Syria, akan tetapi sehari kemudian Kementerian Luar Iran menarik balik kenyataan tersebut.

Terbaru semalam, Ketua Turus Angkatan Bersenjata Iran, Jeneral Hassan Fairuzabadi dilaporkan berkata, peperangan yang berlaku di Syria merupakan peperangan buat Iran sambil mempertahankan Syria dan Iran berada dalam blok penentangan bagi Barat. 

Oleh :
Muhammad Abdul Malik Hj.Abdul Karim
Penasihat PMRAM dan Koordinator Kempen Prihatin Syria (KPS)



Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger