Home » » HIKMAT'12 : Informasi diberi, Ukhuwah Terpatri

HIKMAT'12 : Informasi diberi, Ukhuwah Terpatri


Kaherah, 1 Oktober 2012-  Perjalanan Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB’12) tidak akan lengkap tanpa berlangsungnya Hari Taklimat dan Silaturrahim (HIKMAT’12). Oleh yang demikian, HIKMAT’12 telah dijalankan selama 3 hari bermula dari 1 Oktober sehingga 3 Oktober bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi. Hari pertama telah dimulai dengan qiamullail dan tazkirah, seterusnya Majlis Perasmian berlangsung pada jam 7.30 pagi dan telah dirasmikan oleh BP Angkat KPIPM, Ustaz Ahmad Qutaibah bin Mohamad. Beliau banyak menceritakan kepada para peserta tentang pahit-maung sejarah PMRAM. 


Tentatif hari pertama diteruskan dari pagi hari sehingga malam. Antara pengisian yang penting dan menarik sepanjang hari pertama adalah seperti Diskusi Kitab Haraki (Al-wajibat Syabab), Forum Al-Azhar dan Peranannya yang menceritakan berkenaan fungsi Al-Azhar Asy-Syarif dan GKB Biah Solehah yang diadakan di dalam dewan bagi ikhwah dan exlporace sekitar Sabi’ bagi akhawat. Selain itu, beberapa taklimat dan penerangan juga telah dijalankan seperti Taklimat HISBAH, BAIT MUSLIM dan BIAH SOLEHAH,Taklimat PESAT dan Slot Kita dan Perlembagaan. 




Kemudian, hari pertama diakhiri dengan talkshow yang menarik dan dibarisi oleh panel yang mantap di bawah tajuk Mesir: Antara Permata dan Kaca. Forum yang menarik ini telah menjentik hati para peserta untuk lebih gigih mencari ilmu agama tidak kira pelajar pengajian Islam mahupun perubatan.


Hari Kedua HIKMAT’12, 2 Oktober 2012 – Bermula selepas solat Maghrib berjemaah, taklimat mengisi borang PMRAM dan KPIPM dijalankan dan disambung dengan pembentangan Prospektus Al-Azhar dari wakil perubatan dan pengajian Islam. 

Seterusnya,para pesrta didedahkan dengan lebih mendalam berkenaan pengajian mengikut fakultiyang dipohon melalui slot Senat Fakulti. Majlis ditangguhkan pada jam 10.50 malam setelah tamatnya GKB Ukhuwah yang menekankan kepentingan ukhuwah di dalam Islam dan di mana sahaja umat Islam berada tidak kira di tanah air atau di perantauan.



Hari Ketiga HIKMAT’12, 3 Oktober 2012- Sepertimana hari kedua, program berjalan selepas selesai solat maghrib berjemaah. Menariknya pada malam tersebut adalah dengan penampilan dari seluruh barisan kepimpinan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013. Slot ini mendekatkan para peserta USMB dengan pimpinan serta lebih mengenali gerak kerja dan bidang tugas yang terdapat dalam organisasi KPIPM. Kemudian majlis diteruskan dengan Wacana “Hak dan Peranan Mahasiswa” yang dibarisi oleh ahli panel dari kalangan Pengajian Islam dan Perubatan. Para peserta telah diberi pendedahan mengenai betapa pentingnya keseimbangan dalam persatuan dan pembelajaran dalam kehidupan di alam kampus. Seusai wacana tersebut, majlis penutupan berjalan dengan perasmian penutup oleh Ketua HEWI KPIPM sesi 2012/2013, Ustazah NurHafsah binti Awalluddin.Beliau menekankan konsep ukhuwah yang perlu ada dalam setiap umat Islam supaya tidak berlaku perpecahan yang bisa membantutkan perjuangan menegakkan kalimah Allah di muka bumi.
Semoga program HIKMAT’12 ini telah memberikan banyak informasi yang berguna serta semangat dan azam baru kepada mahasiswa/wi baru bagi meneruskan kehidupan di bumi kinanah ini agar lahirnya generasi para duat yang cemerlang kelak.
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger