Home » » Latih Diri Dalam Memimpin Diri Dan Masyarakat

Latih Diri Dalam Memimpin Diri Dan Masyarakat



11 Oktober  Kaherah - Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya…”
Dalam melahirkan mahasiswa Islam yang berkualiti, KPIPM kali ini dengan jayanya telah mengadakan Majlis Wada’ bersama saudara Mohd Hidayat Azizan, Graduan Mahasiswa Universiti Al-Azhar Tanta, Kuliah Syariah Islamiah.

             Program yang bertempat di Wisma Darul Ridzuan A, program telah  dimulakan dengan alunan qasidah. Seterusnya majlis yang dipengerusikan oleh saudara Mohd Fadzil Bin Abdul Rahim merangkap Ketua Biro Dakwah Dan Tarbiah 2012/2013 telah diserahkan kepada Muhamad Nizamuddin Bin Muhamad Sabri merangkap Ketua Biro Pelajaran Dan Ilmiah  KPIPM sesi 2012/2013 bagi mengetuai bacaan yasin.

Selesai bacaan yasin, majlis pada malam itu diteruskan lagi dengan bacaan tahlil yang dikhususkan kepada Allahyarham Ahmad Tajudin Bin Osman, bapa kepada Dr Fadzli Bin Ahmad Tajudin yang merupakan Pengurus Besar Yayasan Perak. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan solat Isyak dan solat hajat secara berjemaah.

Seusai solat hajat secara berjemaah, agenda seterusnya disusuli dengan Majlis Wada’ yang dikendalikan oleh saudara Mohd Faizal Bin Jaafar. Dalam program tersebut, saudara Mohd Hidayat Azizan telah berkongsi sedikit sebanyak pengalaman, serta memberikan nasihat kepada semua hadirin hadirat dalam meneruskan kehidupan sepanjang keberadaan beliau di Mesir. Antara intipati menarik melalui nasihat beliau adalah:

1) Mahasiswa perlu menekan dari sudut penguasaan thaqafah
2) Mahasiswa perlu meningkatkan kualiti ibadah kepada Allah S.W.T
3) Mahasiswa perlu belajar untuk memimpin diri dan masyarakat



“Mahasiswa perlu menceburkan diri dalam bidang kepimpinan supaya kita dapat memimpin diri dan masyarakat.” Ulas Mantan Timbalan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2011/2012. Program tamat pada jam 9 malam dan ditangguhkan dengan bacaan kaffaratul majlis dan surah Al ’Asr disusuli dengan sedikit jamuan ringan.


Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

1 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger