Saturday, September 22, 2012

Program Ehya’ Jum’ah Diteruskan Lagi



KAHERAH, 20 Sept - Dalam usaha melahirkan generasi mahasiswa Islam yang berkualiti, Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013 sekali lagi meneruskan kesinambungan program Ehya’ Jumaah  dibawah kelolaan Biro Dakwah dan Tarbiah yang merupakan program mingguan yang masih dikekalkan sejak bertahun lamanya  yang melibatkan seluruh mahasisiwa anak perak yang menuntut di bumi Mesir ini.


           

Selesai solat maghrib berjemaah , bertempat di Wisma Darul Ridzuan A, Program Ehya’ Jumaah telah  dimulakan dengan alunan qasidah. Seterusnya majlis yang dipengerusikan oleh saudara Mohd Fadzil Bin Abdul Rahim merangkap Ketua Biro Dakwah Dan Tarbiah sesi 2012/2013 telah diserahkan kepada Saudara Mohd Nazirul Nazmi Bin Abdul Rahman  Mahasiswa Perubatan  Tahun 3, Universiti Al-Azhar Kaherah bagi mengetuai bacaan yasiin.

Selesai bacaan yasiin, majlis pada malam itu diteruskan lagi dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Saudara Amar Arif Bin Ahmad Po’aad, Mahasiswa Pengajian Islam Universiti Al-Azhar merangkap Timbalan Yang Dipertua KPIPM sesi 2012/2013. 

Sebagai santapan rohani kepada semua hadirin, beliau telah berkongsi serba sedikit berdasarkan kitab karangan Dr. Said Hawwa, Fusul fil Imrah wal Amir yang mana telah menyentuh mengenai kewajipan terhadap kepimpinan. Seterusnya majlis menjemput Yang Dipertua KPIPM sesi 2012/2013, Saudara Muhammad Hanif Bin Abdullah untuk memberikan ucapan ringkas.

Beliau telah menyentuh tentang satu ayat Al-quran daripada surah As-Syura ayat ke-28 yang memerintahkan manusia supaya melakukan perbincangan di dalam memutuskan sesuatu tindakan. Beliau juga turut mengingatkan kembali secara ringkas usul Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) ke-46 yang telah disepakati umum.

Setelah selesai solat Isya’,Program Ehya’ Jum’ah disudahi dengan solat sunnat hajat secara berjemaah seterusnya tamat pada jam 8.15 malam dan ditangguhkan dengan kaffaratul majlis dan bacaan surah Al-Asr.

“KPIPM akan berusaha sedaya upaya dalam memberikan  yang terbaik menerusi medium Program Ehya’ Jum’ah ini bagi memastikan kebajikan anak-anak Perak di Perlembahan Nil ini konsisten dan terjaga.” Ulas Saudara Mohd Fadzil Bin Abdul Rahim, selaku Ketua Biro Dakwah dan Tarbiah sesi 2012/2013.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...