Sunday, September 16, 2012

Filem : Innocence of Muslims



Filem berjudul Innocence of Muslims ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile, seorang pengarah fielm berketurunan Israel Amerika. Filem tersebut menelan belanja sebanyak USD5 juta dibiayai oleh 100 orang penderma Yahudi. Trailer filem tersebut juga telah dimuat naik di dalam Youtube.

Video tersebut telah menghina Baginda Nabi s.aw. dengan mewatakkan Baginda s.aw. Sebagai seorang lelaki yang ‘gila perempuan’. Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat. Ianya sebagai paparan menggambarkan Islam sebuah agama ‘kebencian’.
Filem yang melabel Nabi Muhammad s.aw. Dengan melakonkan watak dengan menggambarkan baginda sebagai seorang yang ‘fraud, a womanizer and a madman’ (penipuan, kasanova dan gila) telah mencetuskan kemarahan umat Islam di bkebanyakan negara timur tengah. Rakyat Mesir juga dilaporkan telah mengadakan perarakan beramai-ramai ke kedutaan US di Kaherah dengan laungan “Say it don’t fear. Their ambassador must leave”.

"Times of Israel" melaporkan filem ini juga merupakan kempen daripada pelampau anti-Muslim Egyptian Christian di United States. Ianya antara agenda-agenda musuh Islam untuk menyebarkan Islamophobia dikalangan masyarakat antarabangsa dan memicu permusuhan serta konfrantasi terhadap Islam.

"Kita dibenarkan mengekspresikan pendapat, kebebasan untuk melakukan protes secara aman yang dijamin undang-undang tanpa menyerang harta milik individu atau kerajaan, misi diplomatik atau kedutaan," kata Presiden Mursi dalam sebuah kenyataannya yang disiarkan dalam media elektronik Mesir selepas berlakunya beberapa insiden di Mesir dan Libya.

RESPON MANHAL PMRAM TERHADAP FILEM MENGHINA RASULULLAH S.A.W

1. Islam merupakan agama yang sentiasa mempromosi keamananan dan keharmonian beragama bahkan Islam mengajar umatnya tidak melakukan penghinaan bersifat keagamaan. Ini sebagaimana firman Allah : "Janganlah kamu mencela (tuhan-tuhan) yang mereka seru selain daripada Allah, lantaran itu mereka mencela Allah kerana permusuhan tanpa sebarang ilmu”. (Al-An’aam: 108)

2.  Menggambar watak Rasulullah s.a.w. adalah merupakan pembohongan kepada Baginda. Ianya dilarang dalam agama dan menyakiti hati Rasulullah S.A.W.  serta para rasul-rasul yang lain. Nabi s.a.w. pernah bersabda : “Sesiapa yang berbohong ke atasku dengan sengaja maka hendaklah dia menempati tempatnya di dalam neraka. (Bukhari & Muslim).

3. Masyarakat dunia digambarkan tentang sesuatu yang salah terhadap Islam dan penganutnya. Ianya bagi menimbulkan fenomena Islamophobia dikalangan masyarakat dunia serta mewujudkan penentangan terhadap Islam.

4. Mengalihkan pandangan masyarakat Islam dan masyarakat dunia secara umum terhadap konflik dan isu-isu semasa yang sedang berlaku sekarang seperti isu Palestin, Syria, Rohingya dan lain-lain.

Justeru, pihak MANHAL menyeru kepada semua yang beragama Islam untuk bangkit dan membantah setiap perkara yang menghina dan mengotori Islam berdasarkan rentetan isu yang berlaku ini. Bahkan isu penghinaan terhadap Rasulullah s.aw. bukanlah suatu yang baru. Ianya merupakan rancangan Yahudi dan musuh-musuh Islam untuk menyentuh sensitiviti umat Islam seluruhnya.

Apa yang penting, kita fahami isu dan sentiasa peka serta pantas bertindak dalam konteks membela Islam sebagaimana janji para sahabat ketika bersama dengan Nabi s.a.w.


"Membentuk Dengan Acuan Al-Azhar"

"Memartabat Keilmuan Memipin Kesatuan"


Disediakan oleh :
Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin
Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM 2012

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...