Tuesday, September 25, 2012

Kalam Rasmi Yang Dipertua KPIPM sesi 2012/2013





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kesempatan untuk sama-sama kita terus menghirup udara di muka bumi Allah S.W.T Selawat dan salam kita panjatkan buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW , barisan pimpinan khulafa’ Ar-Rasyidin, serta ahli keluarga dan kaum kerabat yang telah bersama-sama dalam mendaulatkan Islam sehingga pada hari ini ia diteruskan oleh generasi–generasi pelapis kepada perjuangan yang penuh suci ini.


Firman Allah S.W.T: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.”

Islam adalah sebuah sistem universal yang lengkap merangkumi seluruh aspek kehidupan sama ada akidah, ibadah, siasah dan sebagainya. Salah satu elemen yang paling penting dalam melaksanakan Islam adalah kesatuan. Dalam membentuk komuniti mahasiswa Islam yang berpaksikan landasan Al-Quran dan As-Sunnah, pelbagai medium yang telah digarap melalui elemen kesatuan ini. Melihat kepada kepentingan untuk mengembalikan identiti akhlak Islamiyah di kalangan masyarakat yang semakin meruncing kebelakangan ini, maka ia menjadi salah satu kewajipan supaya penghayatan Islam kembali segar di kalangan masyarakat.

Dalam membina kesatuan ini, ianya tidak terlepas daripada mehnah dan tribulasi perjuangan. Menyingkap kembali sejarah perjuangan baginda Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat, pelbagai mehnah dan tribulasi yang berjaya ditempuhi dengan perancangan yang strategik serta efektif. Mereka tidak pernah mengenal jerih perih serta pengorbanan harta, tenaga dan buah fikiran demi melihat dunia ini kesemuanya tunduk kepada Allah S.W.T.

Mesyuarat Agung Tahunan KPIPM kali ke-46 yang telah berjaya dilangsungkan baru-baru ini, ahli KPIPM telah berjaya melakukan perbincangan dalam memutuskan keputusan yang berjaya disepakati. Terdapat satu usul yang disepakati melalui perbincangan ini iaitu:

“ Meningkatkan kesatuan dalam kalangan ahli KPIPM dengan tindakan:
1.1. Memaksimakan hubungan mahasiswa pengajian Islam dan sains kesihatan
1.2. Memperkasakan muzakarah berkelompok di setiap peringkat
1.3. Meningkatkan ekonomi KPIPM

Manakala satu usul yang dibatalkan iaitu:
“ Membenarkan penggunaan internet di Wisma Darul Ridzuan dengan syarat tertentu”

Hasil daripada pembatalan usul tersebut, mesyuarat dengan sebulat suara bersetuju untuk mengekalkan matan usul Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-44 yang berbunyi:
“ Membenarkan penggunaan komputer di Wisma Darul Ridzuan dengan syarat tertentu dan penggunaan internet di tempat yang dikhususkan.”

Mesyuarat berlangsung dengan baik dan ia juga melihatkan komitmen dari ahli KPIPM yang prihatin di dalam segala isu yang berlaku. KPIPM berharap agar segala komitmen tersebut berkekalan dan meningkat dari satu masa ke satu masa yang lain.

Pihak kepimpinan sesi 2012/2013 akan berusaha sedaya upaya untuk menjayakn satu usul yang telah disepakati tersebut. Namun kebersamaan ahli di dalam merealisasikan usul tersebut juga amat dihargai bersama.

Pimpinan sesi 2012/2013 juga ingin menekankan kepada 5 item penting yang sudah menjadi pegangan KPIPM iaitu :
1. Ukhuwah – meribat ukhuwah bagi mengukuhkan kesatuan ahli.
2. Tarbiah – meningkatkan kualiti pembentukan syahsiah serta fikrah ahli
3. Thaqafah – memperkasakan ilmu sama ada akademik, pengurusan dan kemahiran.
4. Ekonomi – mengukuhkan ekonomi bagi meneruskan kelangsungan survival KPIPM.
5. Kebajkan – mengutamakan kebajikan agar kepentingan ahli terpelihara.

Pihak kepimpinan pada sesi kali ini cukup optimis kepada seluruh ahli KPIPM akan bersama-sama menjayakan kelima-lima item tersebut bagi memastikan KPIPM terus terkehadapan dari segala sudut.

Semoga KPIPM berkekalan menjadi medium kesatuan Islam bagi anak-anak Perak di bumi Mesir ini. Didoakan agar seluruh pembantu agama Allah S.W.T akan diberikan ganjaran olehNya iaitu redha Allah S.W.T.

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS

MUHAMMAD HANIF BIN ABDULLAH
Yang Dipertua
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...