Home » » Pimpinan Turun Padang Dekati Mahasiswa Baru

Pimpinan Turun Padang Dekati Mahasiswa Baru



Kaherah, 22 September 2012- “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara.” (Surah Al-hujuraat : 10). Kehadiran Pimpinan KPIPM sesi 2012/2013 ke Wisma Darul Ridzuan B memberi harapan yang menggunung kepada seluruh mahasiswa yang baru sahaja tiba di Bumi Mesir ini. Turut bersama-sama dalam perjumpaan tersebut iaitu Presiden PERUBATAN sesi 2012/2013, Saudara Wan Ahmad Hafizi bin Wan Ahmad Junaidi.


Perjumpaan tersebut adalah bertujuan untuk mengeratkan ikatan persaudaraan dikalangan pimpinan dan mahasiswa baru serta menerangkan serba sedikit mengenai peranan KPIPM di dalam menjaga kebajikan anak-anak Perak di Perlembahan Nil ini.


Antara agenda perjumpaan tersebut adalah sesi ta’aruf kepimpinan serta sedikit ucapan alu-aluan daripada Yang Dipertua KPIPM sesi 2012/2013 dan Presiden PERUBATAN.



“Disebalik debu-debu yang beterbangan di Bumi Mesir ini, tersimpan butir-butir mutiara di dalamnya yang sukar untuk dicari di tempat lain.” Ulas Saudara Wan Ahmad Hafizi dalam ucapan alu-aluannya. “ Dengan perjumpaan ini, akan mengeratkan lagi ikatan ukhuwah serta kerjasama dikalangan mahasiswa pengajian Islam dan sains kesihatan.” Ujar Saudara Hanif Abdullah selaku Yang Dipertua KPIPM sesi 2012/2013.

Perjumpaan tersebut diakhiri dengan tasbih kifarah dan surah Al-asr serta sedikit jamuan ringkas.
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger