Saturday, September 22, 2012

PMRAM Gesa Pihak Berwajib Pertingkatkan Keselamatan Negara


22 Sept 2012 - Kebimbangan rakyat Malaysia terhadap keselamatan diri mereka semakin meruncing berikutan peningkatan kadar kes jenayah yang dilaporkan saban hari terutamanya kes bunuh, rompak, ragut dan sebagainya.

Terbaru kes yang dilaporkan akhbar Harian Metro dan Utusan Malaysia, hari ini seorang lelaki warga emas Syeikh Othaman bin Syeikh Bakar, 72 tahun,  yang juga merupakan ayah kepada Saudara Syeikh Firdaus, graduan lepasan Universiti Al-Azhar yang berasal dari negeri Pahang.

Mangsa dilaporkan diculik seminggu yang lepas dan penemuan tengkorak, gigi palsu serta kopiah semalam oleh pihak polis dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan warga emas terbabit.


Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa khususnya Saudara Syeikh Firdaus atas berita yang sungguh menyayat hati ini. Semoga beliau dan keluarga lebih sabar dan tabah dalam menghadapi ujian ini. Kita mendoakan agar arwah tergolong dalam golongan mereka yang beriman kepada Allah SWT.

Sesungguhnya kes-kes yang amat tragis seperti ini tidak sepatutnya berlaku di negara kita yang terkenal di mata dunia dengan kehidupan yang harmoni dan aman damai.

Kadar jenayah yang tidak surut henti menunjukkan penguasaaan undang-undang dan keselamatan terhadap rakyat Malaysia masih berada di tahap yang lemah. Kes leher dikelar dan dipotong, anggota badan dipisahkan dan dicampak ke tempat yang lain, dan sebagainya perlu dilihat sebagai perkara yang besar dan perlu kepada suatu penyelesaian segera.

Justeru, PMRAM menggesa agar pihak-pihak berwajib mengambil inisiatif dan tindakan yang lebih proaktif dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin dan tidak terdedah kepada ancaman bahaya terutamanya kes bunuh yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

sumber: pmram.org

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM