Friday, September 21, 2012

KPIPM Menyambut Baik Ketibaan Mahasiswa Baru




Kaherah, 21 September 2012 - Ketibaan mahasiswa baru sesi 2012 disambut baik oleh Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir. Seramai 16 orang mahasiswa dan 6 orang mahasisiwi baru di kalangan mahasiswa pengajian Islam dan sains kesihatan yang selamat tiba di Perlembahan Nil ini.

Mereka bertolak dari Malaysia pada 14 September 2012 jam 10.20 pagi sebelum transit sebentar di Qatar. Mereka selamat tiba di Lapangan Terbang Kaherah, Mesir pada jam 5.15 petang (waktu Mesir) bersama pengiring daripada Majlis Agama Islam Perak (MAIPk), Ustaz Wan Abdul Halim Bin Mohd Amin.






Di samping itu, KPIPM menerima sekali lagi kedatangan mahasiswa baru dibawah ILMAM Pusat yang selamat tiba. Seramai 5 orang mahasiswa dan 4 orang mahasiswi yang telah bertolak pada tarikh 18 September 2012 pada jam 5 petang (waktu Malaysia) dan selamat tiba di Lapangan Terbang Kaherah, Mesir pada jam 11 pagi (waktu Mesir) keesokan harinya bersama-sama diiringi oleh Saudara Firdaus Mazlan selaku wakil daripada ILMAM Pusat.
Kami akan cuba sedaya upaya dalam menyalurkan kebajikan kepada mahahasiswa baru melalui medium USMB ini.” Kata Saudara Muhammad Ainuddin Ishak, selaku Pengarah USMB 2012 Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir.


Sila klik untuk album gambar: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.355034464582260.85506.100002271293873&type=1

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM