Wednesday, September 12, 2012

KPIPM Menyokong HEP Johor Membuat Pertemuan Dengan PMRAM



KAHERAH, 11 Sept – Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir pada hari ini melahirkan rasa dukacita ke atas tuduhan yang telah dibuat oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Johor terhadap Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Pihak Pegawai HEP Johor telah mengaitkan pihak PMRAM mengadakan program di rumah Johor bersama-sama Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM) sekitar Ogos yang lalu.

Tuduhan tersebut juga telah dibuat melalui surat rasmi yang dikeluarkan oleh pihak pejabat HEP Johor, bertarikh 27 Ogos 2012 dan dihantar kepada Yang Dipertua BKPJM.

Isi kandungan surat tersebut telah menyenaraikan beberapa program BKPJM yang telah mengaitkan dengan pihak PMRAM dan pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) hari ini menafikan tuduhan tersebut.

Antara program yang dikaitkan penganjurannya dengan PMRAM ialah :

1- Kelas Menjahit untuk pelajar Johor
2- Diskusi Kitab
3- Badar Kubra
4- Sambutan Aidilfitri Anak-anak Johor
5- Solat Hajat BKPJM

PMRAM dengan tegas menyatakan bahawa  program-program tersebut tiada kaitan penganjurannya bersama PMRAM. Program tersebut adalah sepenuhnya di bawah penganjuran BKPJM.

Pihak KPIPM menyokong dan mendesak agar Pegawai HEP Johor mengadakan pertemuan bersama PMRAM bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul.

Semoga dengan perbincangan ini dapat membuahkan hasil yang baik bagi mendapatkan keharmonian dalam meneruskan kerjasama di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM