Friday, September 28, 2012

Ehya’ Jum’ah: Aplikasikan Keperibadian Ulama’ kepada Masyarakat



KAHERAH, 27 September - Aktiviti kebajikan bagi anak-anak perak diteruskan lagi. Program munajat bersempena dengan imtihan qabul yang bakal diduduki oleh mahasiswa baru berjalan dengan jayanya. Bertempat di Wisma Darul Ridzuan A, majlis bacaan yasin yang diketuai oleh Saudara Muhammad Noor Helmi Bin Abdul Wahab dan disusuli dengan tazkirah yang disampaikan oleh mantan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir sesi 2010, Al-Fadhil Ustaz Shahrizan Bin Mohd Hazime. 


Beliau mengulas serba sedikit mengenai pengalaman semasa keberadaan beliau di Bumi Mesir ini. Beliau banyak menekankan aspek terpenting iaitu niat dengan menyatakan hadith Rasulullah S.A.W yang berkaitan dengan aspek tersebut. Beliau sempat menasihatkan kepada mahasiswa baru supaya dapat mengikhlaskan niat semata-mata untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu di Bumi Mesir yang menjadi kiblat ilmu Islam kepada dunia hari ini. 

Mengulas daripada nasihat tersebut, beliau menjelaskan mengenai aspek keperibadian ulama’ yang perlu diterapkan kepada masyarakat. Beliau lebih menekankan mengenai kombinasi antara ilmu dan amal. “ Ilmu yang bermanfaat perlu disusuli dengan amal supaya dapat diterapkan kepada masyarakat. Untuk menerapkan kedua-dua kombinasi tersebut, antara medium terbaiknya adalah persatuan itu sendiri.” Ujar beliau yang merupakan bapa kepada seorang cahaya mata.



Program munajat tersebut disusuli dengan solat Isyak secara berjemaah dan solat sunat hajat. “Pihak KPIPM mengharapkan kejayaan yang terbaik daripada mahasiswa baru. Melalui program ini, akan memberikan satu persediaan yang kukuh dalam menghadapi imtihan qabul pada 29 September ini.” Ulas Saudara Hanif Abdullah, selaku yang Dipertua KPIPM sesi 2012/2013. 

Keesokan paginya, aktiviti tarbiah diteruskan lagi dengan tazkirah ringkas daripada Saudara Muhammad ‘Asri Bin Salim, Mahasiswa Kuliah Syariah Islamiah Unversiti Al-Azhar. Program akhirnya ditangguh dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM