Thursday, September 6, 2012

Ahli Keluarga Dilarikan Ke Mesir, Mohon Bantuan Siswa Siswi

(gambar : isteri dan anak-anak Encik Zawawi Aman yang telah dilarikan)


KAHERAH, 4 Sept 2012 - Seorang mangsa yang kehilangan isteri dan empat anaknya telah tiba ke bumi Mesir bagi menjeaki ahli keluarganya yang telah dilarikan. Menurut mangsa, Encik  Zawawi bin Aman adalah  melaporkan bahawa beliau telah kehilangan keluarganya yang dilarikan oleh kumpulan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB ) pd 8 Julai 2011. Tambah beliau lagi, isteri dan anak-anaknya disahkan telah dibawa lari ke Mesir.

Beliau berkesempatan meluahkan nasib malang yang menimpa beliau kepada Presiden PMRAM 2012, saudara Abdul Aziz Bin Ali di Rumah Terengganu, Hayyu 'Asyir pada 30 Ogos yang lalu. Beliau telah berada di Mesir sejak 25 Ogos untuk mencari ahli keluarganya yang telah dilarikan.

Menurut apa yang diceritakan, beberapa laporan telah di buat  kepada pihak polis berkenaan kes kehilangan isteri dan anak-anaknya sejak setahun lalu. Kes ini juga mendapat liputan akhbar dan media TV3 namun belum menemui sebarang hasil.

Isteri dan anak-anak beliau yang dilarikan pada awalnya dikhabarkan berada di Bait Hasanah milik GISB di Hayyu Sabi’, Kaherah. Namun malangnya setelah dua orang saudara beliau yang cuba mengesan terlebih dahulu isteri dan anak-anaknya di Bait Hasanah mendapati ahli keluarganya tidak lagi berada di sana.

Beliau menguatkan semangat pergi seorang diri ke Bait Hasanah beberapa hari kemudian, namun jawapan yang diterima tetap sama dan pihak Bait Hasanah tidak memberikan sebarang maklumat. Pada 3 September 2012, sekitar jam 3 petang sekali lagi beliau menuju ke Bait Hasanah dengan membawa dua orang kenalan Arab Mesir dengan harapan dapat mendesak pihak Bait Hasanah memberikan maklumat ke mana isteri dan anak-anaknya telah dilarikan.

Akhirnya pihak Bait Hasanah yang diwakili  Omar Zaki memberitahu kepada beliau, bahawa isteri dan anak-anak beliau kini berada di Mekah dan mereka meninggalkan Bait Hasanah sebelum menjelang Aidilfitri baru-baru ini.
  
Namun menurut beliau, "bagaimana mungkin anak isteri saya selain Qutaibah(anak lelaki sulung, 19 thn) boleh ke Mekah menjelang Aidilfitiri sedangkan visa umrah sudah ditutup sejak 15 Ramadan?"

Menurut beliau berdasarkan sumber yang dipercayai hanya Qutaibah, anak lelaki sulung beliau sahaja yang ke Mekah bersama kawan-kawannya. Justeru, dimanakan isteri dan empat orang lagi anak beliau yang dilarikan oleh pihak GISB.

PMRAM menyeru kepada seluruh mahasiswa mahasiwi yang mempunyai maklumat mengenai isteri dan anak-anak beliau yang dilarikan agar menghubungi pihak PMRAM atau terus berhubung kepada Encik Zawawi bin Haji Aman di talian  +6016-2633649 / +6013-3331120 / +20111-8878254 atau email : zawawi_aman@yahoo.com.my  atau di facebook : Zawawi Aman.

Semoga usaha Encik Zawawi Bin Hj Aman dipermudahkan oleh Allah SWT, dan isteri serta anak-anaknya kembali ke pangkuannya.

Sumber : pmram.org

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM