Tuesday, March 15, 2011

Trip Kedua Selamat Tiba Di Mesir

Kaherah, 14 MAC – Penerbangan kedua yang dihantar oleh pihak Yayasan Perak telah selamat sampai ke bumi Mesir semalam.

Penerbangan yang membawa 40 orang anak Perak itu selamat tiba di lapangan terbang Kaherah pada jam 2.40 petang waktu Mesir. Sejurus itu, semua mereka terus dibawa dari Terminal 3 ke Wisma A.

Turut hadir bersama di dalam rombongan tersebut YB Dato’ Rosli bin Mohd Husin yang juga merupakan ketua rombongan bagi trip tersebut.

Juga bersama beberapa orang petugas yang telah disusun oleh pihak Yayasan Perak bagi membantu urusan menyambut anak-anak Perak nanti.

Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Mohammad Omar bin Adam mengucapkan syukur di atas ketibaan tersebut, dan berharap agar usaha ini berjalan lancar.

Beliau juga meminta kepada ibu bapa supaya tidak perlu membimbangkan keselamatan anak-anak mereka.

Berikut senarai nama anak-anak Perak yang selamat tiba semalam.




No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM