Saturday, March 5, 2011

Perjumpaan Tertutup KPIPM Bersama Menteri Besar Perak

IPOH,5 Mac – Siang tadi KPIPM mencatat sejarah dengan perjumpaan bersama Menteri Besar Perak,Dato’ Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir beserta hampir seluruh anak-anak Perak yang belajar di bumi Mesir di hadapan Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak.

Pertemuan yang dihadiri melebihi 700 orang itu bermula kira-kira pada jam 10.30 pagi tadi. Perjumpaan tersebut juga dihadiri ibu bapa yang turut ingin mengikuti perkembangan semasa dalam proses penghantaran pulang semula anak-anak mereka ke Mesir.

Di dalam majlis tersebut,Dato’ Seri Dr. Zambry telah mengumumkan kerajaan negeri Perak akan menanggung kos penerbangan pulang para pelajar ke Mesir serta pemberian wang saku sebanyak RM 500.00 setiap seorang yang telah berdaftar.

“Kita hanya memikirkan keadaan ummah,tidak mengira mereka berada di golongan mana. Yang penting kebajikan dapat disalurkan kepada semua”. Kata Dato’ Seri ketika berucap di hadapan para ibu bapa yang hadir.


Sebelum itu,satu perjumpaan tertutup telah diadakan bersama pimpinan KPIPM dan Menteri Besar Perak. Perjumpaan yang berlangsung kira-kira satu jam tersebut lebih kepada pengenalan secara mendalam di antara pihak pimpinan KPIPM bersama pimpinan kerajaan negeri Perak.

“Kami wakil anak-anak Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri Perak yang telah membantu urusan penghantaran pulang di dalam Ops Piramid yang lalu. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik yang telah diberikan kepada kami”. Ucap yang Dipertua KPIPM kepada Dato’ Seri Dr. Zambry di dalam perjumpaan tersebut.

“Saya berharap agar para pimpinan yang ada,dapat belajar bersungguh-sungguh dan pulang ke tanah air berbakti kepada negeri Perak khususnya dan kepada negara amnya”. Harapan Dato’ Seri kepada pimpinan yang hadir.

KPIPM juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan tanda ingatan KPIPM kepada Menteri Besar Perak dengan pemberian hadiah kenang-kenangan sebelum perjumpaan tersebut selesai.



No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM