Home » » Perjumpaan Bersama Pihak Keselamatan Negara Siang Tadi

Perjumpaan Bersama Pihak Keselamatan Negara Siang Tadi






13 MAC - Satu pertemuan telah diaturkan oleh pihak Yayasan Perak dengan kerjasama KPIPM siang tadi, pada jam 10 pagi. Pertemuan tersebut diadakan bersama 50 orang ahli KPIPM, bersama dengan pihak keselamatan Malaysia, yang diadakan di kediaman rasmi YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Zambry Abd Kadir.

Di dalam perjumpaan tersebut, ahli KPIPM telah diberi taklimat tentang keselamatan yang perlu ditekankan lebih-lebih lagi ketika berada di bumi Mesir.

Taklimat yang berjalan selama sejam lebih itu, diakhiri dengan soal jawab, dan dialog di antara dua pihak.

Pada akhir sesi, Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir telah memberikan cenderamata kenang-kenangan kepada wakil pihak keselamatan Malaysia, sambil diiringi oleh Ustaz Muhammad Firdaus bin Aznan, Bendahari Agung KPIPM.

Turut hadir di dalam pertemuan itu ialah Tuan Haji Abdul Jamil bin Kasa, Pengarah Yayasan Perak bersama beberapa orang pegawai.

Setelah selesai taklimat tersebut, hadirin menikmati jamu selera, dan disambung pula dengan taklimat penerbangan secara ringkas oleh Pengarah Yayasan pada jam 1.05 tengahari.

Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak keselamatan dan pihak yayasan atas undangan tersebut. Beliau mengharapkan agar kerjasama seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger