Sunday, March 13, 2011

Pimpinan KPIPM Menziarai En. Muhaimin



5 MAC - Ahli Jawatankuasa KPIPM telah mengadakan ziarah secara tidak rasmi ke kediaman Pegawai Hal Ehwal Pelajar Negeri Perak, En. Abdul Muhaimin bin Abdul Majid, yang diketuai oleh Yang Dipertua, Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir.

Ziarah mahabbah tersebut diadakan sebaik sahaja selesai Majlis Bersama YAB Dato Seri Zambry Abd Kadir di kediaman beliau bersama 700 orang tetamu dari kalangan mahasiswa dan ibu bapa.


En. Rosli dan Puan Nora, antara individu yang banyak membantu kebajikan anak-anak Perak.


Pada jam 3.40 petang, pihak KPIPM sempat menziarah rumah En. Rosli dan Puan Nora, antara individu yang banyak memberi sumbangan peribadi untuk kebajikan anak-anak Perak di bumi Mesir.

Pada jam 5.35 petang, pihak KPIPM bergerak untuk menziarahi En. Muhaimin, di kediaman beliau yang terletak berhampiran, iaitu di Kampung Temiang, Ipoh.

Rombongan ziarah yang diketuai oleh YDP itu telah disertai seramai 11 orang, termasuk 2 pasangan mutazawwijin, bagi mengeratkan hubungan.

Rombongan ziarah bertolak pulang pada jam 7.08 petang.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM