Home » » Perhatian Terhadap Penukaran Penerbangan Ketiga - YDP

Perhatian Terhadap Penukaran Penerbangan Ketiga - YDP

YDP KPIPM ketika menyerahkan cenderamata kepada YAB Menteri Besar Perak 5 Mac lalu, ketika pertemuan Kerajaan Negeri bersama AJKT dan AJK HEWI KPIPM


TAIPING, 15 MAC - Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir memberitahu bahawa anak-anak Perak Mesir perlu memberi perhatian terhadap penukaran dan pembaharuan penerbangan ketiga yang dijadualkan pada esok hari, 16 Mac.

"Maklumat penerbangan ketiga yang telah disiarkan oleh pihak kami sebelum ini, telah dikemaskini berikutan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan" katanya.

Penerbangan Oman Airlines telah ditukarkan dengan penerbangan Ettihad, yang akan membawa seramai 57 orang anak-anak Perak Mesir.

"Di dalam senarai lalu, kita telah menyenaraikan seramai 50 orang, namun setelah dikemaskini terdapat penambahan seramai 7 orang, berjumlah 57 orang" katanya lagi.

"Saya berharap agar semua penama dapat memberi perhatian, khususnya 7 penama baru" Katanya lagi.

Beliau berkata demikian setelah mendapat makluman daripada pihak Yayasan Perak terhadap perubahan tersebut.
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger