Wednesday, March 2, 2011

Perjumpaan Rasmi KPIPM Bersama MAIPk

IPOH,1 Mac – Satu perjumpaan telah diadakan di antara pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bersama pihak KPIPM petang tadi.

Perjumpaan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif,Dr. Syed Omar bin Syed Sharifuddin serta beberapa pegawai dari Majlis Agama Islam Perak itu bermula pada jam 2.30 petang tadi dengan kata-kata aluan oleh Dr. Syed Omar.

“Saya sangat-sangat bersyukur melihatkan hampir seluruh anak-anak Perak selamat sampai ke tanah air melalui Ops Piramid yang lalu”. Ucapan alu-aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif

Pihak persatuan telah membawa beberapa perkara untuk dibincangkan bagi memastikan keselarasan kedua-dua pihak. Di antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai permasalahan zakat yang saban tahun diuruskan oleh pihak Majlis Agama Perak.

“Pihak majlis dalam usaha bagi meningkatkan urusan permohonan zakat melalui kaedah online. Dan pihak kami cuba memastikan segala urusan zakat lebih mudah dari sebelum ini”. Ujar En. Azril sambil dibantu oleh En. Bakri ketika memperkenalkan kemudahan terbaru yang akan mula digunakan tidak lama lagi itu.

Isu penghantaran pelajar pulang ke Mesir juga menjadi agenda perbincangan di dalam perjumpaan tersebut.

“Pihak kami (KPIPM) telah menyebarkan kepada semua ahli mengenai perjumpaan bersama Menteri Besar Perak sabtu ini”. Lapor Yang Dipertua kepada yang hadir ketika membincangkan tentang aktiviti terdekat.

Sebelum berakhir,soal pendidikan juga dibincangkan bersama,terutamanya persediaan urusan penghantaran pelajar baru ke Mesir.

“Kami bercadang untuk mewujudkan kelas persediaan di Malaysia bagi persediaan menghadapi peperiksaan Imtihan Qabul di sana (Mesir)”. Ucap Dr. Syed Omar.

“Kami (KPIPM) sangat-sangat berterima kasih kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak di bawah kelolaan Dr. Syed Omar di atas kesudian bersama kami pada petang ini dan kami juga cukup berharap agar hubungan ini terus berkekalan sehingga waktu yang ditentukan kelak”. Harapan Yang Dipertua KPIPM ketika mengakhiri perjumpaan tersebut.


No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...