Tuesday, March 15, 2011

Sila Hantar Passport Dengan Segera - SUA


TAIPING, 15 MAC - Ustaz Ibnu Abbas bin Azizuddin, Setiausaha Agung KPIPM (Gambar) mengingatkan kepada semua ahli agar dapat memudahkan urusan pihak KPIPM dan Yayasan Perak, dalam menyusun senarai penerbangan.

Antara perkara penting yang diingatkan oleh beliau ialah penghantaran passport ke Yayasan Perak.

"Kepada semua anak-anak Perak Mesir yang masih belum menghantar passport kepada Yayasan, sila berbuat demikian dengan kadar segera, bagi memudahkan urusan penerbangan kalian" Katanya.

Perkara ini juga telah disebut oleh Tuan Haji Abdul Jamil bin Kasa, Pengarah Yayasan Perak, ketika pertemuan bersama 50 orang mahasiswa Perak Mesir 13 Mac lalu.

Beliau mengingatkan bahawa masih ada mahasiswa Perak Mesir yang masih belum menghantar passport mereka untuk dibuat visa.

Dalam masa yang sama, Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Muhammad Omar bin Adam bersama rombongan trip pertama sudah tiba di bumi Mesir semalam.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM