Home » » Penyerahan Dermasiswa 27 Jun Ini

Penyerahan Dermasiswa 27 Jun Ini


KAHERAH, 25 JUN - KPIPM selama ini menjadi perantara dalam memudahkan urusan dermasiswa mahasiswa mesir. Alhamdulillah pada tahun ini, penyerahan akan dibuat dalam masa yang terdekat.

Hari ini, Setiausaha Agung KPIPM, Ustaz Abdul Hadi bin AB Rahman telah menghubungi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Beliau telah dimaklumkan bahawa penyerahan dermasiswa akan dibuat pada 27 Jun ini.

Beliau meminta kepada semua ahli KPIPM supaya memastikan surat daripada MAIAMPk sampai di rumah, untuk mendapatkan keputusan penyerahan dan kelulusan dermasiswa tersebut.

Beliau berkata kepada Wartawan Blog bahawa surat yang dihantar oleh MAIAMPk tentang penyerahan tersebut menunjukkan bahawa penerima tersebut telah mendapat kelulusan untuk menerima dermasiswa pada 27 Jun ini.

Manakala, sekiranya tidak menerima sebarang surat, diharap dapat menghubungi MAIAMPk terus untuk mendapatkan kepastian. Ruang rayuan masih belum dibuka lagi.
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger