Home » » KPIPM Dikurniakan Dua Bayi Perempuan

KPIPM Dikurniakan Dua Bayi Perempuan

KAHERAH, 12 JUN - Kelahiran di Bumi Mesir adalah satu keberkatan yang jarang diperolehi oleh semua manusia. Bumi tinggalan para Nabi ini, begitu banyak sejarah yang menceritakan tentangnya, sehinggalah ia juga diwarisi oleh ulama-ulama' sepanjang zaman.

Pada 7 Jun, seorang bayi telah dilahirkan di Hospital al Imam, Mandarah, Iskandariah. Bayi yang seberat 2.5 kg ini menambahkan seri rumahtangga Ustazah Zalikah binti Othman, dan suaminya, Ustaz Ahmad Hamdi bin Ali.

Ustazah Zalikha adalah seorang ahli bersekutu KPIPM, selamat melahirkan bayi perempuan tersebut pada jam 2.20 pagi. Segala seliaan tentang persalinan tersebut banyak dibantu oleh Unit Mutazawwijin Iskandariah.

Manakala pada 10 Jun, seorang lagi ahli KPIPM menerima cahaya mata yang seberat 2.7 kg. Ustaz Khairi bin Abdullah dan isterinya, Ustazah Syakirah binti Mohd Ali menerima cahaya mata tersebut pada jam 10 pagi pada hari tersebut. Bayi perempuan tersebut dilahirkan di Hospital Taufiqiah, Abbas Aqqad, Haiyu Thamin.

Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil, mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasangan yang telah mendapat kurniaan Allah SWT. Beliau berharap agar anak KPIPM ini dapat menjadi pelapis generasi ulama' wanita satu hari nanti.

Ketua Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadhah, Ustaz Mohammad Azizuddin bin Aznan berkata kepada Wartawan Blog bahawa peruntukan dan kutipan akan dijalankan bagi menampung perbelanjaan tersebut.
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger