Tuesday, June 2, 2009

Isu Keselamatan, Tanggungjawab Bersama

KAHERAH, 1 JUN - Isu keselamatan yang terjadi sejak kebelakangan ini, semakin merunsingkan banyak pihak. Baru-baru ini Wartawan Blog telah menerima laporan bahawa terdapat kejadian di Hayyu Asyir.

Wartawan Blog telah menghubungi Yang Dipertua, Ustaz Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil untuk mengulas tentang Isu Keselamatan ini. Beliau menyatakan bahawa beliau telah menghubungi Presiden PMRAM, Ustaz Abdul Muiz, tentang perkara ini.

Beliau menyatakan bahawa PMRAM meminta kepada semua ahli supaya membawa passport ke mana-mana sahaja. Tambahan pula, mereka yang masih belum memperbaharui passport mereka.

Selain itu, beliau menambah lagi bahawa setiap individu diminta supaya tidak berjalan keseorangan walaupun di waktu siang. Bawalah teman bersama.

Beliau mengingatkan pihak mahasiswi terutamanya agar tidak keluar rumah tanpa sebarang keperluan. Manakala di waktu malam, mahasiswi sememangnya tidak dibenarkan keluar sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini.

Us Ahmad Ariffin bin Zakariya, selaku Ketua Unit Hisbah, memberi amaran kepada mereka yang kerap mengambil masalah keselamatan ini sebagai perkara yang ringan. Jangan tunggu kena, baru tergadah. Kadangkala terdapat segelintir mahasiswi yang sudah berani keluar malam tanpa musyrif, dan ini amat merunsingkan, bahkan menyusahkan banyak pihak.

Dalam pada itu, Ustaz Muhammad Sayuti bin Mohammad Zawahib, selaku Ketua Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah, amat mengharapkan kepada mahasiswa supaya sudi untuk berkhidmat sebagai musyrif, tambahan isu keselamatan yang agak kritikal hari ini.

Mengulas tentang isu ini, YDP Perak mengharapkan agar kerjasama daripada semua pihak terutamanya semua ahli KPIPM sendiri. Keselamatan kita tanggungjawab bersama.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...