Saturday, June 6, 2009

Dua Wakil MAIAMPk Mengikuti Kursus Mufti

KAHERAH, 5 JUN - Pada akhir Bulan April lalu, KPIPM telah dihadiri oleh dua orang wakil MAIAMPk yang mengikuti Kursus Mufti di Darul Ifta Mesir. Mereka berdua yang sedang menginap di Rumah Tamu Kuala Lumpur, mengikuti kursus ini selama tiga bulan.

Kedua-dua orang tersebut ialah Ustaz Haris Fadhilah bin Abdul Halim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, dan Ustaz Suffian bin Abdul Latif, Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah.

Wartawan Blog menemui Yang Dipertua, Ustaz Muhammad Mujahid untuk mendapatkan maklumat tentang perkara ini. Beliau berkata bahawa KPIPM mengalu-alukan kedatangan mereka ke Bumi Mesir. Bahkan KPIPM juga bersedia untuk memberikan sebarang kerjasama dengan mereka.

Beliau berkata lagi, bahawa KPIPM akan menyediakan ruang waktu untuk mengadakan majlis ramah mesra bersama mereka selepas peperiksaan, dan mengikut kesesuaian waktu.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...