Tuesday, June 30, 2009

KEMAS 09 Berjalan Lancar

KAHERAH, 29 JUN - Kembara Matruh dan Siwa yang telah dianjurkan bersama oleh Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir dan Dewan Perwakilan Mahasiswa Syibin, hari ini telah selamat pulang ke Kaherah.

Program rehlah yang bermula pada 27 Jun ini, telah disertai seramai 29 orang peserta dan Adhoc. Program ini telah mensasarkan beberapa objektif utama, iaitu memperlihatkan kebesaran Allah SWT melalui keindahan ciptaanNya.

Selain itu, program ini turut disertai oleh beberapa orang dari Kedah dan Kuala Lumpur, dan kebanyakannya dari Perak sendiri dan Syibin.

Program ini bermula pada 27 Jun, dengan berpusat di Rumah Perak Sementara. Peserta mula tiba di perkarangan rumah Perak, pada malam hari sebelumnya lagi.

Pada keesokannya, peserta bertolak seawal jam 7 pagi lagi.

Setelah beberapa hari di Matruh dan Siwa, peserta bertolak pulang pada 29 Jun, dan tiba di perkarangan Rumah Perak Sementara pada jam 7.50 malam.

Di kesempatan ini, Ketua Biro Perhubungan Sambutan dan Rehlah KPIPM, Us Muhammad Sayuti bin Zawahib berkata kepada Wartawan blog, bahawa program yang dijayakan ini akan diteruskan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Dewan Perwakilan Mahasiswa Syibin, kerana sudi untuk bekerjasama dalam melaksanakan program ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada barisan Adhoc yang bertungkus lumus, dan beberapa orang yang membantu menjayakan program.

Us Hanif bin Musa, Timbalan Yang Dipertua KPIPM, antara yang terlibat secara langsung dalam program ini, menyifatkan bahawa program ini banyak membentuk sikap kerjasama di kalangan adhoc dan peserta, selain memperlihatkan kebesaran Allah SWT di di sana.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...