Tuesday, June 9, 2009

Kelas Tafaqquh Semakin Rancak


KAHERAH, 8 JUN - Kelas tafaqquh telah bermula pada 27 Jun 2009 dengan dimulai dengan pengajian at Tibyan Fi Adabi Hamlatil Quran yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Azrul bin Ismail.

Kemudian disusuli pula dengan pengajian kitab baru, Taqrirat as Sadidah yang disampaikan oleh Ustaz Shahrizan bin Hazime, dan Kitab Jauharah Tauhid oleh Ustaz Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil.

Kelas pengajian tafaaquh masih berjalan seperti biasa sehingga hari ini.

Manakala kelas pagi pula, diisi dengan pengajian Jauharah Tauhid dan kelas khusus untuk HEWI.

Selain itu, kelas khusus untuk HEWI juga telah diatur di sebelah petang mengikut jadual tertentu.

Ustazah Nurul Aimi binti Muhammad Razi, pemangku Ketua Biro Pelajaran dan Ilmiah HEWI, telah memberitahu wartawan blog bahawa pengajian untuk HEWI telah berjaya mengkhatamkan dua buah kitab, dan dalam proses pembacaan dua buah kitab lagi.

Beliau berkata, kitab yang telah ditamatkan pembacaannya ialah al Mar'atu Bainal Fiqhi Wal Qanun oleh Ustaz Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil, dan Kitab Khasa'is al Unuthah oleh Ustaz Ismail bin Nardin.

Manakala kitab yang masih dalam pengajian ialah Fatawa Wa Ahkam Lil Mar'atil Muslimah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Mujahid, dan Tafsir Surah an Nur oleh Ustaz Mohd Zahid bin Abu Bakar.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...