KAHERAH, 25 JUN - Program Pemantapan DUAT sudah sekian lama dilaksanakan di dalam KPIPM. Alhamdulillah, pelaksanaannya yang teratur telah membuahkan hasil. Objektif Program Pemantapan DUAT (PEMANDU) adalah bertujuan melahirkan generasi pimpinan pelapis KPIPM, seterusnya sebagai latihan kepimpinan ahli.
Hari ini, DUAT sekali lagi telah menganjurkan Siri PEMANDU yang berbentuk bengkel. Bengkel kali ini ialah Bengkel Protokol Majlis. Seperti biasa, setiap malam Jumaat, Biro Dakwah dan Tarbiah akan mengadakan bacaan Yasin dan Tazkirah.
Pada malam ini, tazkirah telah disampaikan oleh Us Muhammad Azrul bin Ismail, wakil Badan Pengurus PMRAM. Tazkirah ini sebagai permulaan program bengkel ini. Setelah selesai Solat Isya berjemaah, bengkel dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil.
Kemudian disusuli dengan Bengkel Protokol Majlis yang telah dibentang oleh Ustaz Mohd Hafiz bin Mahmud, Mantan Badan Pengurus PMRAM, dan Mantan Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM).
Program yang dihadiri sekitar 50 orang ini, selesai pada jam 12 malam.

No comments:
Post a Comment