Thursday, June 25, 2009

Dua Lagi Bayi Diberi Nama


ISKANDARIAH, 24 JUN - Dalam bulan ini, KPIPM telah menerima dua cahaya mata, dan seorang cahaya mata pada bulan lalu. Seorang daripada mereka dilahirkan di Kaherah, dan selebihnya di Iskandariah.

Kedua-dua cahaya mata yang dilahirkan di Iskandariah itu, telah diberi nama Nurin Hani'ah binti Hamdi, bagi pasangan Siti Zalikha dan Hamdi bin Ali. Manakala seorang lagi diberi nama Nur Shahidah Nafisah binti Mohd Khairi, bagi pasangan Fatimah Zahra dan Mohd Khairi.

Manaka di Kaherah pula, diberi nama Affaf binti Mohd Khairi, bagi pasangan Mohd Khairi dan Nur Syakirah.

Alhamdulillah, ketiga-tiga pasangan ini telah diziarahi oleh Ahli Jawatankuasa HEWI di kesempatan mereka berada di sana sebelum ini.

Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadhah juga sempat memberikan sumbangan ikhlas daripada KPIPM, ketika menjalankan ziarah tersebut.

Wartawan blog berjaya menghubungi Yang Dipertua KPIPM, dan beliau mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga pasangan tersebut. "Alhamdulillah, ketiga-tiga mereka telah dikurniakan anak perempuan", katanya.

Beliau menambah lagi bahawa, perangai Arab Jahiliyyah ialah bencikan anak perempuan. Bahkan apabila kelahiran anak perempuan, akan menyebabkan mereka rasa cela, dan terhina. Ia telah diterangkan oleh Allah SWT di dalam Surah an Nahl, ayat 58 dan 69.

Beliau menambah lagi bahawa, perangai Jahiliyyah tersebut telah ditolak oleh Islam. Ini kerana Islam menaikkan kaum wanita, bahkan memelihara hak-haknya.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...