KAHERAH 16 Nov- Seluruh Negara arab meraikan Hari Raya Aidil Adha 1431H, termasuk negara Mesir. Bagi Keluarga Pelajar-pelajar Islam perak Mesir (KPIPM) juga tidak terlepas untuk sama-sama meraikannya. Kemeriahannya disambut dengan penyembelihan binatang korban setelah selesai solat sunat Aidil Adha.
Bermula pada jam 9 pagi semua adhoc pelaksana sudah bersedia untuk melakukan kerja-kerja penyembelihan tersebut. Binatang korban berjaya disembelih oleh 3 orang iaitu ustaz Mohd Omar bin Adam, Ustaz Khairul Ashraf bin Mohd Khir dan Ustaz Jamaluddin Hafiz bin Abdullah.
Selesai kerja penyembelihan, disambung pula dengan kerja melapah dan memotong daging. Proses ini berakhir pada jam 5 petang. Kerja-kerja ini tidak terhenti disini, selepas semua sudah selesai kerja agihan daging pula dilakukan sehinggalah malam. Semua ahli KPIPM menerima agihan daging korban tersebut termasuk mutazawwijin.
No comments:
Post a Comment