Sunday, November 21, 2010

Pembelian Unta Korban Di Perkampungan Giza



KAHERAH 13 Nov- Beberapa wakil persatuan telah pergi ke pasar unta yang terletak di Perkampungan Giza untuk membeli unta sempena hari raya aidiladha. Mereka yang terlibat dalam pembelian unta ini ialah ustaz Azizuddin bin Aznan, Ustaz Saifullah dan wakil dari BKAN Kuala Lumpur. Turut serta dalam rombongan ini ialah wakil dari Amanah Raya.

Rombongan berkumpul di perkarangan Wisma A pada jam 7 pagi kemudian bertolak ke destinasi pada jam 8 pagi. Pada jam 10 pagi rombongan tiba di destinasi yang dituju.

Disana mereka mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk memilih unta dan membuat rundingan dengan pemilik unta. Hasil perbincangan 2 ekor unta setuju dibeli dan kemudian dibawa pulang oleh Ustaz Abdul Hadi Abd. Rahman dengan menaiki Chevrolet yang disewa. Mereka yang selebihnya meneruskan perjalanan untuk mencari 5 ekor kambing lagi.

Memandangkan keadaan kawasan pembelian kambing tidak membolehkan kenderaan melaluinya, maka setiap BKAN perlu menghantar wakil sahaja untuk mencari kambing. Wakil dari Perak 2 orang, Selangor 2 orang dan Kuala Lumpur seorang. Pada 7 petang 5 ekor Berjaya dibeli dan dibawa pulang ke Wisma A.

Sehubungan dengan itu, satu jadual telah dikeluarkan oleh Biro Tabung Kebajikan, Kesenian, dan Riadhah (BTKKR) bagi menjaga haiwan korban mengikut giliran. Kesemua haiwan korban dijaga dengan baik dan selamat tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM