19 Ogos 2010 – Sedar atau tidak sedar,kita telah hampir memasuki bulan September yang mana dijangkakan mahasiswa-mahasiswi baru dari Malaysia akan tiba pada akhir bulan ini. Oleh yang demikian, Ketua Biro Perumahan sesi 2010/2011, Mohd Hidayat B. Azizan telah menjalankan proses perpindahan penghuni Wisma B bagi memberi ruang dan tempat yang selesa kepada mashasiswa-mahasiswi baru.
Proses ini telah dirangcang awal bagi memastikan segala berjalan lancar. Pada 16 Ogos 2010, penghuni ikhwah dari Wisma B telah berpindah ke Wisma A dengan kerjasama Biro Perumahan dan penghuni. Perpindahan ini dilakukan pada sebelah malamnya iaitu selepas tamat kelas Syeikh Nuruddin kira-kira jam 11.30 malam. Hampir semua penghuni dan pimpinan turut serta di dalam perpindahan ini. Ini merupakan salah satu tanda sikap prihatin dan tanggungjawap yang wujud dikalangan ahli. Sekaligus membuktikan hubungan ukhuwah sesama kita masih tinggi dan kukuh.
Pada 18 Ogos 2010 pula penghuni akhawat dari Wisma B telah berpindah ke Wisma A yang pada asalnya dirancang dilakukan pada 17 Ogos 2010. Namun terpaksa ditangguhkan kerana terdapat beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Dengan kerjasama semua penghuni,alhamdulliah segala dapat berjalan dengan lancar.
Kami bagi pihak Biro Perumahan mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh semua pihak samada secara langsung atau tidak langsung. Moga dengan keberkatan di bulan Ramadan ini segala amalan kita digandakan oleh Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment