Thursday, August 12, 2010

Mesyuarat Agung Tahunan Kali - 44

“ Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah ”, itulah tema yang digunakan bagi Mesyuarat Agung Tahunan kali Ke - 44 yang telah berlangsung pada 9hb Ogos 2010 yang lalu. Mesyuarat Agung Tahunan atau (MAT)telah dihadiri seramai 105 orang ikhwah dan 79 orang akhawat. Majlis tersebut telah dimulakan oleh Ustaz Khairul Ashraf Bin Mohd Khir selaku Yang DiPertua bagi sesi 2009/2010 sebelum menyerahkan majlis tersebut kepada pengerusi sidang bagi meneruskan aturcara majlis.

Dapat dilihat dalam mesyuarat tersebut begitu ramai ahli KPIPM yang memberikan respon yang terbaik dengan menanyakan persoalan-persoalan dan memberikan cadangan-cadangan yang bernas kepada pihak pimpinan dalam meneruskan pelayaran bahtera KPIPM. Namun, ramai yang mengatakan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan kali ini mencatat sejarah, yang mana Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan AJKT 2009/2010 dapat diselesaikan pada waktu Zohor iaitu sebelum ahli mesyuarat berhenti rehat. Yang mana sebelum-sebelum ini pernah memakan masa melangkaui waktu Asar dan Maghrib.

Selepas rehat, mesyuarat diteruskan dengan perbahasan usul bertulis. Di sini dapat dilihat ramai ahli KPIPM dapat memberikan pandangan-pandangan yang baik dalam membahaskan 2 usul yang telah dibawa oleh Ustaz Muhammad Amin B. Abd Rahman dan Ustaz Ibnu Abbas B. Azizuddin.

Sebelum mesyuarat berakhir, pihak barisan pelaksana program telah menyediakan slideshow bagi tontonan ahli mesyuarat. Majlis diteruskan lagi dengan memberi ruang kepada Yang DiPertua sesi 2009/2010 Ustaz Khairul Ashraf B. Mohd Khir bagi Ucapan Penangguhan dan secara langsung mengisytiharkan pembubaran AJKT sesi 2009/2010.

Setelah selesai solat Maghrib, laluan diberikan kepada Pengarah SPR bagi mengumumkan calon-calon AJKT yang menang dalam pilihanraya kali ini. Majlis disusuli dengan ucapan Yang DiPertua sesi 2010/2011 dan bacaan doa wehdah mengakhiri Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-44 .

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...