26 Ogos 2010 – Hari ini kebanyakan AJKT dan AJK HEWI hanya berjalan kaki untuk menjayakan Iftor Mahabbah pada kali ini. Sebelum ini kebanyakannya pergi menaiki teksi kerana destinasi yang agak jauh. Hari ini pula destinasinya di Hayyu Sabie’ berhampiran dengan rumah Negeri Sembilan iaitu rumah Ustaz Hafizul Akhbar B. Abd Rahman serta pasangan.
Pada mulanya,merancang untuk tiba awal namun terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan menyebabkan agak sedikit terlewat. Kami memohon maaf di atas lewat tiba. Sejurus selesai solat Maghrib berjemaah,tuan rumah telah menghidangkan juadah berbuka puasa. Setelah selesai menjamu selera,majlis diteruskan dengan sesi taaruf bersama tuan rumah. Majlis tersebut diselangi dengan senda-gurau yang menceriakan lagi sesi taaruf tersebut.
Semoga tautan ukhuwah yang dibina ini berkekalan sehingga akhir hayat kita bersama. Kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas senyuman yang ceria bagi menyambut kunjungan kami dan menjamu kami. Semoga Allah membalas segalanya setimpal dengan amalan yang dilakukan.
No comments:
Post a Comment