Saturday, August 21, 2010

Iftor Mahabbah AJKT



20 Ogos 2010 – Iftor Mahabbah diteruskan lagi dengan kunjungan AJKT ke rumah ahli. Dan kali ini majlis berbuka puasa di rumah “Bait Villa Vista Karisma” yang bertempat di Hayyu Sabie’ (mahattah). Bait Villa Vista Karisma yang diketuai oleh Mohamad B. Dollah serta ahli bait telah menerima ketibaan AJKT kira-kira jam 6.00 petang.

Sementara menunggu waktu berbuka puasa,barisan AJKT mengambil peluang untuk beramah mesra bersama ahli bait dengan bertanya khabar dan masalah yang berlaku. Beberapa masalah dilontarkan kepada AJKT untuk dikongsi bersama dan beberapa jalan penyelesaian dapat dibuat.

Semoga kebersamaan pimpinan dengan ahli dalam menyelesaikan masalah,menjadikan kita lebih akrab dan lebih memahami antara satu sama lain.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Bait Villa Vista Karisma di atas kesudian menerima kunjungan kami. Semoga ia menjadikan kita sentiasa bersama di dalam apa jua masalah dan keadaan.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM