Sunday, August 22, 2010

Iftor Mahabbah AJKT dan AJK HEWI ke-3


22 Ogos 2010 – Walaupun dalam kesibukan untuk persediaan menerima mahasiswa baru yang akan tiba tidak lama lagi,namun AJKT dan AJK HEWI masih sempat mencari peluang bagi meluangkan masa bersama ahli pada hari ini. Iftor Mahabbah kali singgah di rumah Ustazah Noor Rihan Binti Mohd Isa.

AJKT dan AJK HEWI pada mulanya merancang untuk hadir awal,namun terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan dan semuanya selamat sampai di rumah beliau yang berada di Hayyu Thamin pada jam 6.30 petang.

Ketika sedang berbuka puasa,AJKT dan AJK HEWI berpeluang untuk beramah mesra dengan Ustaz Syamsul Adli B. Rozali serta isteri. Sesi taaruf dan beberapa maklumat dapat dikongsikan bersama dalam Iftor Mahabbah ini.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Ustaz Syamsul Adli dan Ustazah Noor Rihan atas kesudian menerima kunjungan AJKT dan AJK HEWI pada hari ini. Semoga pertemuan kita menjadi sejarah yang dikenang dan tidak dapat dilupakan.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM