Saturday, August 21, 2010

Iftor Mahabbah AJKT dan AJK HEWI ke-2


21 Ogos 2010 – AJKT dan AJK HEWI hari ini meneruskan jalinan ukhuwah bersama ahli KPIPM dengan Iftor Mahabbah di sebuah lagi rumah mutazawwijin iaitu Ustaz Zahid B. Abu Bakar serta pasangan,beliau merupakan Setiausaha Penasihat KPIPM 2010/2011 dan juga Timbalan Setiausaha PMRAM 2010.

Majlis berbuka puasa kali ini juga menerima kehadiran Ahli Jawatankuasa Penasihat KPIPM 2010/2011 iaitu Ustaz Muhammad Mujahid B. Mohammad Fadzil serta pasangan.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian beliau serta pasangan dalam menerima kehadiran kami walaupun dalam keadaan sibuk menyelesaikan urusan-urusan berkaitan dengan PMRAM dan urusan keluarga. Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas jasa baik beliau.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM