Monday, August 23, 2010

Iftor Mahabbah AJKT dan AJK HEWI ke-4

23 Ogos 2010 – Keadaan rumah Ustaz Ismail B. Nardin gamat apabila menerima kunjungan AJKT dan AJK HEWI dalam Iftor Mahabbah kali ini. Beliau serta isteri, Ustazah Nor Syuhada Bt. Hashim,menerima kunjungan AJKT dan AJK HEWI pada 6.10 petang. Rumah beliau terletak di Babu Talatah (berhampiran Masjid Salam) juga berhampiran dengan Kompleks Melayu di Tubu Ramli.

Ramah mesra antara AJKT dan AJK HEWI bersama tuan rumah menjadi matlamat Iftor Mahabbah ini. Selingan senda-gurau juga menjadi penyeri dipetang hari. Harapan bersama agar keriangan ini tidaklah terhenti di sini,namun ianya berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Ucapan terima kasih menjadi tanda penghargaan di atas kesudian menerima kami dalam menjayakan Iftor Mahabbah pada hari ini. Semoga Allah menerima segala amalan kita di bulan Ramadhan ini.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM