Thursday, August 26, 2010

Iftor Mahabbah AJKT ke-2


25 Ogos 2010 – Pada kali ini,Iftor Mahabbah diteruskan dengan kunjungan AJKT ke rumah ‘Bait Bujang’ yang diketuai oleh Ustaz Hanif B. Musa. Bait Bujang yang pada asalnya terletak di Hayyu Sabie’ namun sekarang telah berpindah ke Hayyu ‘Asyir (Walidain). Iftor Mahabbah hari ini agak meriah kerana bukan sahaja menerima kunjungan daripada AJKT tetapi turut menerima kunjungan daripada beberapa ahli lain yang turut dijemput di dalam Iftor Mahabbah kali ini.

Kunjungan diterima pada jam 6.00 petang. Sementara menunggu azan Maghrib berkumandang,sesi taaruf sesama ahli kunjungan bersama tuan rumah dijalankan. Secara tidak langsung dapat memastikan ahli dan pimpinan saling kenal-mengenali dan juga memudahkan segala permasalahan dikongsi bersama.

Semoga kemesraan ini menjadi kekuatan kepada kita bersama dalam menempuh segala ujian di dunia ini dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Ucapan jutaan terima kasih kepada Ustaz Hanif selaku tuan rumah,di atas segala usaha dalam menyiapkan persediaan untuk menerima kunjungan kami. Hanya Allah S.W.T dapat membalas segala jasa yang diberikan.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM