Home » » Garap Ilmu Dalam Berdakwah

Garap Ilmu Dalam Berdakwah


2 November 2012- Program Ehya’ Jum’ah pada minggu ini diteruskan lagi. Antara yang menarik pada kali ini, KPIPM telah menampilkan pentazkirah subuh jemputan iaitu Ustaz Muhamad Faisal Ashaari, Pensyarah Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Di dalam tazkirah tersebut, beliau sedikit sebanyak merungkai persoalan bagaimanakah menggarap sesuatu ilmu untuk kepentingan dakwah. 




Ilmu dan dakwah adalah satu elemen yang berkait rapat yang tidak boleh dipisahkan. Beliau juga berkata, keberjayaan dakwah juga bergantung kepada tiga perkara iaitu uslub, wasilah, dan manhaj. Disamping itu, beliau juga turut menekankan agar semua mahasiswa memanfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya untuk tidak meluangkan masa dengan perkara yang sia-sia. Tambahan daripada itu jugan beliau menyarankan agar mahasiswa pada hari ini dapat memanfaatkan jaringan teknologi yang ada supaya dakwah dapat tersebar dengan lebih meluas lagi sama ada facebook, blog, dan sebagainya. Di akhir tazkirahnya, beliau lantas menasihatkan agar mahasiswa dapat menimba seberapa banyak ilmu disambil menimba pengalaman untuk dimanfaatkan kepada masyarakat sama ada komuniti mahasiswa Mesir mahupun masyarakat di Malaysia.





Pihak KPIPM merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Muhamad Faisal Ashaari di atas kesudian menyampaikan kuliah subuh bersempena dengan program Ehya' Jumaah bagi sesi kali ini. Moga dengan penyampaian yang diberikan, sedikit sebanyak mencerna idea serta memberi kefahaman yang jelas kepada ahli KPIPM dalam meneruskan agenda selaku penuntut ilmu di bumi Mesir ini.
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger