Friday, August 3, 2012

Ramadan Membentuk Jiwa Kehambaan



Kedatangan Ramadan saban tahun disambut dengan pelbagai aktiviti keagamaan. Sudah tentu ianya memberikan impak yang sangat berguna kepada masyarakat.

Namun begitu,andai dilihat dari satu sudut yang lain apakah hanya bulan Ramadan sahaja medan untuk meningkatkan amalan berbanding dengan bulan-bulan lain?.

Persoalan ini timbul kerana realiti kini, Ramadan dianggap satu tempoh penghormatan yang perlu diraikan tanpa melihat sudut intipati Ramdan itu sendiri.

Implikasinya kita akan dapat melihat apabila berlalunya Ramadan masyarakat akan kembali dengan aktiviti yang biasa dilakukan sebelum Ramdan.  Jika berterusan keadaan ini maka Ramadan yang kita lalui kini tidak mampu memberikan satu kesan yang cukup besar pada diri kita sendiri.

Pengisian sepanjang Ramadan ini harus dimanfaatkan sebaik mungkin bagi membentuk jiwa kehambaan yang sejati. Ini kerana pentarbiahan Ramadan cukup sempurna daripada segala aspek sama ada rohani mahupun jasmani.

Dalam Ramadan umat Islam diwajibkan selama sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga. Jika dihayati, kita mengetahui bahawa nafsu mampu ditundukkan apabila kita berjaya mengawal keinginan makan dan minum. Sinergi ketaatan pada Allah SWT semakin bertambah oleh kerana nafsu kita ditundukkan .

Oleh yang demikikan, jiwa kehambaan Allah SWT dirasai meresapi jiwa seterusya mengalir ke seluruh anggota lalu digerakkan untuk melakukan amal kebaikan semaksima mungkin.

Peluang dan ruang Ramadan ini seharusnya digunakan bagi mendidik seluruh anggota agar kembali mengenal siapa pencipta kita yang sebenar. Bahkan menjentik jiwa perasaan kita merasai keperitan bagaimana saudara seakidah kita yang diseksa kelaparan bukan sehari namun puluhan tahun lamanya.

Atas dasar demikian, penghayatan Ramadan bukan sekadar daripada luaran sahaja tetapi perlu diaplikasikan dalam segala bentuk sekaligus menjana naluri kehambaan kita kepada pencipta Rabbul Izzati.

Jadikan Ramadan medan untuk membaiki diri daripada tempat memuaskan segala keinginan nafsu yang selama ini memagari. Jadikanlah Ramadan lapangan terbaik mengenal pentabdir alam daripada leka dengan angan-angan semalam.

Zulhafeez Bin Ahmad Zahidi
Timbalan Presiden
( Lajnah Perancang dan Panatia )
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir, PMRAM  2012

Sumber : pmram.org

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM