Friday, August 3, 2012

PMRAM Kecewa Respon Daripada Pegawai Johor




KAHERAH, 2 Ogos 2012 – PMRAM melahirkan rasa kecewa dengan respon yang telah diberikan oleh Pegawai Hal EhwalPelajar Johor di Mesir iaitu Hj Husni Tamrin berhubung permohonan PMRAM untuk mengadakan kunjung hormat ke pejabatbeliau pada 31 Julai lalu.
Pihak PMRAM saban tahun mengatur pertemuan dan perjumpaan bersama pegawai-pegawai negeri, khususnya selepasberlakunya pertukaran tampuk kepimpinan. Kunjung hormat yang dirancang ini untuk membincangkan beberapa perkarapenting berkaitan dengan hak dan aduan mahasiswa selain daripada sesi ramah mesra bersama pegawai sebagai wakil kerajaannegeri di sini.

Pada 17 Julai lalu, PMRAM telah menerima  2 borang hak aduan mahasiswa daripada AJKT Johor dan juga Yang Dipertua Badan Kebajikan PelajarJohor di Mesir (BKPJM) yang bernaung di bawah PMRAM. Isu yang dilaporkan adalah berhubung notis yang dikeluarkan oleh pejabat  pembantupegawai yang mengarahkan pejabat BKPJM untuk dikosongkan berkuatkuasa 15 Julai lalu.

Sebagai penaung kepada BKPJM, PMRAM berhasrat untuk mengadakan perjumpaan dengan pegawai yang terbabit bagi mendengar penjelasan danmeyelesaikan kekusutan yang timbul. Namun, respon yang diberikan pihak pegawai amat mendukacitakan. Alasan yang diberikan oleh pegawaiterhadap permohonan PMRAM itu tidak munasabah apabila beliau memaklumkan bahawa pihak Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar Johor Mesir tidakdapat menerima kunjungan tersebut kerana tiada apa-apa keperluan.

Bukan itu saja, bahkan surat balas itu ditandatangani oleh kerani sebagai mewakili pihak pegawai. Sikap pegawai sudah cukup membuktikan kurangnyakredibiliti beliau sebagai wakil kerajaan negeri yang dihantar untuk menjaga kebajikan dan memudahkan urusan anak-anak Johor di Mesir ini.

PMRAM mengharapkan agar mana-mana pegawai bersikap lebih terbuka dan bersedia untuk berbincang bagi menyelesaikan sebarang masalah yangtimbul dan bukannya mengelak serta melarikan diri daripada perkara terbabit. Ini adalah untuk kebaikan semua pihak lebih-lebih lagi kepada anak-anak Johor yang sememangnya di bawah tanggungjawab pihak pegawai  Johor bagi memastikan kebajikan mereka terjamin dan dipelihara dengan baik.

Sumber : pmram.org

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...