Monday, August 13, 2012

Penyerahan Memorandum Bantahan Kepada Pegawai HEP Perak



KAHERAH, 7 Ogos 2012 -Satu perjumpaan telah diadakan  antara mushrif/ah Wisma Darul Ridzuan dan kepimpinan KPIPM  bersama Encik Abdul Muhaimin Bin Abdul Majid, Pegawai Hal Ehwal Pelajar(HEP) Perak Mesir.  Pertemuan yang diadakan selepas solat zohor itu berlangsung di Pejabat HEP Perak . Perjumpaan yang bertujuan membawa suara ahli bilik masing-masing dalam isu pemasangan wireless oleh pihak Pejabat HEP.

Sebelum itu, pihak KPIPM telah menganjurkan liqa’ mahabbah diantara wakil kepimpinan KPIPM bersama penghuni setiap bilik Wisma Darul Ridzuan. Antara tujuan diadakan ialah bagi mendengar permasalahan ahli, membincangkan isu pemasangan wireless dan menerima segala cadangan.  Borang culaan dan Risalah Biah solehah turut diedarkan untuk mendapatkan respon ahli berhubung peraturan wisma dan  biah solehah.


Pihak KPIPM telah membuat penilaian hasil culaan berhubung isu yang berlaku setelah mendapatkan respon setiap penghuni Wisma Darul Ridzuan. Seramai 87 orang penghuni terkini di kedua-dua wisma dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi.

1.         Tahap  Biah Solehah dalam Wisma Darul Ridzuan

Cemerlang :           5.8 %( 5 orang )
Baik                :           48.2%( 42 orang )
Memuaskan :           23.0%( 20 orang )
Lemah                        :11.5% ( 10 orang )
Tiada respon :           11.5% ( 10 orang )

2.         Tahap Komitmen ahli terhadap usul MAT yang telah diputuskan “Membenarkan Penggunaan Komputer di Wisma Darul Ridzuan dengan syarat tertentu manakala internet di tempat yang dikhususkan”

Cemerlang :           29.9%( 26 orang )
Baik               :           39.1%( 34 orang )
Memuaskan :           10.3%( 9 orang )
Lemah                        :9.2%( 8 orang )
Tiada respon :           11.5% ( 10 orang )

3.         Membenarkan penggunaan internet dalam bilik

Ya                    :           26.4 %( 23 orang )
Tidak            :           61.1%( 54 orang)
Tiada respon             :11.5%( 10 orang)

Antara penegasan yang dibuat ketika petemuan bersama pegawai HEP  berlansung adalah menghentikan kemudahan wireless serta merta sehingga berlaku perubahan dalam keputusan Mesyuarat Agung Tahunan(MAT) akan datang.


Namun, apa yang dikesali adalah tiada sebarang pertimbangan akan dibuat oleh pegawai HEP berhubung tindakannya dan akan terus mengekalkannya. Beliau menambah, jika pihak KPIPM mahu bertegas dalam menjayakan usul, maka boleh memanjangkannya kepada pihak MAIPk dan kerajaan Negeri Perak.

Pada sudut yang lain , beliau tetap bertegas melaksanakan tindakan walaupun bertentangan dengan kehendak pelajar dan meraikan sekelompok kecil yang bersetuju  dengan tindakannya.

Antara cadangan yang diutarakan oleh mushrif ialah menghadkan penggunaan kemudahan wireless pada tempat yang dikuhususkan sahaja iaitu di aras bawah Wisma Darul Ridzuan B. Oleh itu, Pihak pejabat HEP perlu memastikan tiada sebarang capaian gelombang internet boleh masuk ke dalam bilik.

Cadangan lain daripada seorang mushrifah yang hadir pada hari tersebut  ialah mempergiatkan kebajikan yang melibatkan kepentingan semua pihak terutama anak perak yang menuntut di kuliah perubatan dalam masalah pembayaran yuran dan  pengajian islam yang tidak memperoleh zakat.


“Pihak KPIPM akan terus berusaha mempertahankan usul KPIPM ini semata-mata melaksanakan dasar yang telah disepakati bersama.” Ujar Saudara Mohamad Omar, Yang Dipertua KPIPM.

Tambahnya lagi “Kita akan terus menggerakkan segala jentera penggerak KPIPM seperti mushrif/ah, Hisbah Member’s dan sebagainya bagi membentuk biah yang baik  dalam Wisma Darul Ridzuan ini”.

Pada akhir perjumpaan KPIPM yang diwakili Saudara Mohamad Omar Bin Adam telah menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak Pegawai HEP Perak untuk dipertimbangkan.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...